Perhatian!
Kasut Biru Rubina kini boleh diperolehi di toko-toko buku gergasi Borders dan MPH. Untuk mendapatkan naskhah anda, sila ke toko kegemaran anda dan berkata dengan bangga,
Seorang wanita bangun dari tidur tanpa tubuh. Seorang budak lelaki cuba meniti keperitan alam kedewasaan bila haiwan mini mula keluar dari anusnya. Apa yang akan anda lakukan jika malaikat terlupa membawa unikon untuk harijadi anak perempuan anda? Dan apakah semua kasut jahat, atau hanya yang biru saja?Watak2 dalam Kasut Biru Rubina mahu hidup dalam kehidupan biasa. Tapi yang luar biasa berlaku. Pendek, mengejutkan dan penuh penipuan yang hanya boleh lahir dari akal seorang penipu surat berantai Nigeria, cerpen Sufian Abas adalah snapsyot yang menerangkan keanehan dalam dunia yang wujud dalam mimpi ngeri kita.
Kasut Biru Rubina adalah sebuah himpunan cerpen pop berbahasa Melayu. Diilhamkan dari konsep sastera pakaibuang (disposable literature) yang dipelopori penulis Yahudi kelahiran Vienna, Hermann Broch, ia diharap dapat menghiburkan pembaca dalam beberapa waktu mereka terperangkap di latar urban ini (misalnya ketika di dalam elarti, tatkala menunggu awek/balak, sewaktu menanti azan sebelum berbuka atau menunaikan solat dsb). Selepas dibaca ia bolehlah dibuang atau lebih afdal lagi didermakan kepada mereka yang dahagakan bahan bacaan tapi tak mahu terjerumus dalam pembacaan remeh seperti membaca tanda jalan, kotak konflek, notis dari jawatankuasa kampung, majalah mangga, atau surat pemberhentian kerja.
Harga: RM15.00
ISBN: 978-983-43868-0-1
M/s: 96 termasuk pasca kata oleh Editor Komikoo, Fairul NIzam Ablah
Penerbit: Sang Freud Press
Tahun: 2008
ISBN: 978-983-43868-0-1
M/s: 96 termasuk pasca kata oleh Editor Komikoo, Fairul NIzam Ablah
Penerbit: Sang Freud Press
Tahun: 2008

23 comments:
beb,berapa banyak koleksi buku lu gua terlepas ek?.boleh reoder balik kah?.lu rajin nak pos tak?.kalau lu rajin.bak dtg number akaun bank lu,gua kasik masuk duit. boleh?.
Ini nombor satu. Nantilah, gua ingat mau bincang-bincang dengan distributor manalah tahu boleh ditempatkan buku bersama dengan buku-buku yang lain di toko-toko buku berhampiran...
cam best jek ni.
ade byk gambar aweks dedah2 tepi kolam tak? huhuhu..
Penuh (gua ulang) penuh dengan gambar aweks-aweks dedah tepi kolam!
[Paling nikmat kalau dihayati sambil menutup mata]
Aku suspek ini iklan palsu.
Sufian,
Aku mari. Macam biasa - bubuh buku dalam sampul surat... cuma, kali ini, jangan tinggalkan di kaunter suruh aku ambil sendiri.
Kalau lu datang tanpa awek yang hangat, pintu masuk terpaksa ditutup....
Bro...
thanks sign buku kasut biru rubina...
gua orang ke #39 di manual bar kan :P
En Rasso,
Terima kasih kerana beli buku gua :)
#33. nombor bertuah ni.
Salam.
Budak baru tumpang lalu.
boleh hanto ke UUM sintok tak bang? ala, 16 feb ke pelancaran? tak sempat balik KL la ...
one more, bro, camna nak contribute our writing? kot ada jilid Dua ke.. hiks..
i. Nak hantar ke Sintok boleh. Berapa banyak nak? Tengok entri kat bawah untuk cara-cara untuk buat pesanan.
ii. Nak contribute tulisan (pastikan bagus, ok!) sila email ke sini ruhayatx (at) yahoo (dot) co (dot) uk. Letak sebagai tajuk: sumbangan untuk Projek Elarti 2.
Nak tahu apa tu projek elarti?
Pegi ke sini.
http://neohikayat.blogspot.com/
Isk! 16hb malam kena ada di KLIA la. Beli pakai poslah kalau macam ni.
Beli pakai pos pun boleh. Tapi lepas 16/2 harga sudah kembali ke asal: 15 + 5 (registered post). Dan kemungkinan besar sudah tak ada edisi istimewa bernombor...
Kesimpulan: belilah sekarang untuk mengelakkan kekecewaan...
brape hargenye skrang?cambestnye...tgk poket dulu..xbb baru je beli 2 blook...huhu....tp cam nak beli je...best ni..tak sume orang ade..
berminat juga nak contibute writing...tp xleh bukak pun link tu..pueh da click n copy paste...
Link tu rasanya kena hijack. Tungguklah sehari dua elok balik kot...
Tentang harga sila rujuk posting kat bawah ni
dude, ada beberapa typo lah.
next one, apa kata bagi aku proof read, okeys?
ha ha ha ha... ya, typo berbondong-bondong... tapi buku lepas ni 'working title: Teh Dirani' pasti bebas typo!
Congrats ! seronok baca buku kasut biru rubina ! Nak contribute to projrk elarti...masih boleh?
Jom kita buat revolusi fiksyen melayu !
untuk kontribut elarti: ruhayatx (at) yahoo (dot) co (dot) uk
Post a Comment