Friday, January 23, 2009

Gadisku Dalam Koma

Semalam aku jatuh cinta dengan seorang gadis koma, di universiti hospital. Sepanjang hari aku tunggu tepi katil dia, menunggu dia bangun untuk aku lafazkan cinta aku pada dia. Tapi sepanjang hari dia tak bangun. Aku balik rumah, aku beli akhbar petang dan aku cuba lupakan dia sambil makan anggur dan menonton episod terbaru Supernatural.

Dua tahun kemudian gadis dalam koma tu bangun, dan dia cari aku di rumah aku dan dia kata, aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang duduk di sebelah katil aku, menunggu aku bangkit dari koma.

Aku kata dia salah orang, dan aku tutup pintu. Aku dengar tapak kaki dia tap-tap-tap berlalu pergi. Aku dengar pincut pagar aku ditutup cermat-cermat.

Aku ada maruah. Aku sudah tunggu sehari. Kapal itu sudah belayar, sayang. Berpada-padalah kalau mahu koma pun.

3 comments:

sinaganaga said...

Ya, kalau aku engkau, aku sudah fuck fuck kat perempuan itu, ha ha. Kata kuncinya, ya, 'berpada-padalah', ingat orang lelaki ni tak ada marwah... meruah?... eh, how to spell this word hah?

mirachantek said...

m.a.r.u.a.h

nani said...

nasib dia koma 2 tahun kalau dia koma 12 tahun macam mana? kalau 12 tahun dia koma dia datang cari awak ishhh rugi tak cakap aku chenta kamu kat dia...12 tahun dia menunggu dalam koma...betapa setia nya...

p/s: bak lah sini no teponnnn.....nak call