Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Thursday, January 8, 2009
Sebuah Cerita Cinta untuk Pari-Pari yang Patah Sayap
Dia minta aku petik bintang-bintang untuk buat kalung. Aku kata tangan aku tak sampai. Dia kata dia mahu juga. Dia kata kalau aku tak petik bintang-bintang buat kalung, aku tak cintakan dia. Dia kata maknanya selama ini aku cuma menipu saja. Jadi aku capai tangan sepanjang-panjang mungkin dan aku petik lampu-lampu jalan dan aku utaskan jadi kalung. Kemudian aku sangkutkan pada lehernya. Berat lampu-lampu jalan tu buat dia terpaksa bongkok, duduk, dan akhirnya merangkak. Dia tak puas hati kerana lampu-lampu yang sudah diceraikan dari tiang itu tak menyala, berkelip-kelip pun tidak, jadi dia gigit dan mamah dan gigit dan mamah kedua-dua belah kaki aku hingga putus. Adil, kan, katanya. Aku angguk, kerana malas mahu bertengkar, dan kami mengesot bersama-sama ke Kenny Rogers berhampiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment