Wednesday, April 22, 2009

Oda untuk Sam, Cerpelai yang Cergas tapi Comot

Sam. Dia cerpelai. Dia cergas.

Tapi comot.

Sam. Dia cerpelai tersisih. Kerana, meski cergas.

Dia comot.

Sam. Jatuh Cinta dengan cerpelai perempuan yang merupai Lisa Surihani. Tapi cinta Sam ditolak kerana, meski cergas.

Sam comot.

Sam. Satu hari, dia ditemui seorang pemburu bernama Azlan B Husin, dan ditembak dengan senapang patah Remington 870, lalu hilang hatinya.

Kini Sam. Cerpelai yang Comot, sudah tiada hati.

Kini Sam tak boleh bercinta lagi.

Waktu itulah Cerpelai Lisa Surihani datang terkedek-kedek dan berkata,

Sam, di simpang jalan ke Damsyik, aku dapat epifani.

Sam, walau kau comot, kau cergas.

Sam, kau boleh kucintai.

Sam, cintailah aku.

Sam, marilah kita bercinta.

Tapi Sam.

Sudah tak berhati. Dan meski, Sam Comot, dan cergas.

Sam sudah tak berhati lagi.

7 comments:

Ikhwan said...

Ini sesi bertukar-tukar style penulisan dgn naga ke? :)
http://sinaganaga.blogspot.com/2009/04/kasut-sukan.html

Nikotin said...

lisa surihani tuh...pergh..

Perempuan cerdas said...

Senyum senyum sendiri jadinya saya.


M

hegira said...

wow. lan husin dah pandai main senapang?

sinaganaga said...

Alina,
Lan Husin dah lama dah pandai main senapang. Ex-Army la katakannnnnn! HA HA.

Indrasakty said...

Lan Husin tak perlu angkat senapang pun orang boleh panggil Sgt Saunders.

Sufian said...

Ikhwan: Cuma kebetulan... atau suratan?

Nikotin: pergh x 2.

Perempuan cerdas: Saya pun senyum sendiri, tapi kerana kurang segak, saya rasa sedikit malu, lalu tertunduk memerhati kaki.

Hegira: Lan Husin memang cekap 'main senapang' kata oranglah.

Sinaga: Gua syak Lan Husin yang sebarkan dakyah dia 'cekap main senapang'

Inrasakty: Dakyah palsu boleh menyesatkan.