Encik.
Encik.
Aku toleh dan seorang Bangla berdiri di depan aku. Berkemeja putih, tangan kanan memegang nepsek hitam, tersenyum menyeringai seperti tertelan limau nipis.
Encik, dia kata sekali lagi.
Encik nampak seperti orang yang selalu kecewa dalam bercinta.
Aku tak cakap apa-apa.
Encik tahu tidak, semua manusia lahir dengan jantung berlubang.
Aku tak cakap apa-apa.
Maksud saya, berlubang dari segi metafora. Hanya selepas kita bertemu dengan solmet kita baharulah lubang dijantung kita diisi. Setelah bertemu dengan dia, baharulah kita menjadi lengkap.
Aku tak cakap apa-apa.
Tapi kadangkala kita sebagai manusia, akan terpesong. Kadangkala orang yang kita temui bukanlah solmet kita, tetapi kita masih menerima mereka, dan ada yang sampai mendirikan rumah tangga dengan mereka, meski di dalam hati kecil kita, kita tahu yang beliau tidak akan dapat mengisi lubang dijantung kita ini. Hubungan seperti ini, lambat laun akan berakhir dengan kekecewaan.Encik tentu sudah sedia maklum.
Kenapa, saya tanya Encik.
Aku tak cakap apa-apa.
Kerana mencari solmet bukanlah kerja yang mudah. Ia bukan sesuatu yang otomatik. Ia seperti jigso pazel. Kadang-kadang kita perlu pusing ia ke utara, ke barat, ke selatan, dan ke timur barulah kita dapat padanan yang sesuai untuk mengisi lubang di jantung kita. Kadangkala kita dapat jigso yang bukan kita punya. Atau yang tak muat langsung.
Dan dewasa ini dunia bergerak terlalu pantas. Acapkali kita tidak mempunyai masa untuk memadankan jigso pada pazelnya. Kita selalu tergesa mengkejar itu dan ini. Oleh yang demikian ramai yang terlepas benda paling berharga dalam hidup kita.
Tapi itu dulu. Teknologi moden sudah mentemui jawapan pada persoalan yang sangat rumit ini. Inilah jawapannya, Encik.
Bangla tu keluarkan sebuah kalkulator.
Aku tak cakap apa-apa.
Ini adalah sebuah kalkulator cinta. Dengan kalkulator ini peluang untuk Encik bertemu dengan solmet Encik meningkat empat ratus kali ganda. Senang saja. Bila bertemu dengan orang yang Encik rasa berkemungkinan menjadi solmet, Encik cuma perlu masukkan namanya ke dalam kalkulator ini, dan ia akan mengira kebarangkalian yang orang itu adalah orangnya.
Jadi, bagaimana, Encik? Sudahkah Encik bersedia untuk mengisi jantung encik yang berlubang itu? Atau apakah
Apakah Encik akan biarkan peluang ini berlalu pergi?
RM75.00 saja Encik. Kalau Encik beli sekarang, saya juga akan mencuci kereta Encik, dan memberi Encik hadiah spray kalis hujan ini (dia keluarkan tin spray hitam).
Bagaimana, Encik?
Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Tuesday, January 27, 2009
Friday, January 23, 2009
Gadisku Dalam Koma
Semalam aku jatuh cinta dengan seorang gadis koma, di universiti hospital. Sepanjang hari aku tunggu tepi katil dia, menunggu dia bangun untuk aku lafazkan cinta aku pada dia. Tapi sepanjang hari dia tak bangun. Aku balik rumah, aku beli akhbar petang dan aku cuba lupakan dia sambil makan anggur dan menonton episod terbaru Supernatural.
Dua tahun kemudian gadis dalam koma tu bangun, dan dia cari aku di rumah aku dan dia kata, aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang duduk di sebelah katil aku, menunggu aku bangkit dari koma.
Aku kata dia salah orang, dan aku tutup pintu. Aku dengar tapak kaki dia tap-tap-tap berlalu pergi. Aku dengar pincut pagar aku ditutup cermat-cermat.
Aku ada maruah. Aku sudah tunggu sehari. Kapal itu sudah belayar, sayang. Berpada-padalah kalau mahu koma pun.

Sunday, January 18, 2009
Aku Bukan Tak Ada Perasaan, Sayang.
Dia marah-marah lagi. Dia kata itu. Dia kata ini. Banyak yang dia kata. Tapi kesimpulannya, dia kata sejak akhir-akhir ini, aku tak ada perasaan.
Aku kata, duduk, aku ada satu cerita. Dia duduk dan aku mulakan cerita.
Dua bulan lepas aku jumpa seorang perempuan. Di sebuah restoren di hotel. Perempuan yang aku jumpa tu cantik. Aku mungkin silap, tapi perempuan yang aku jumpa itu, mungkin perempuan paling cantik di dunia. Ya, cantik lagi dari Lisa Surihani. Ya, mungkin mustahil, tapi aku ada di situ dan kau tak ada.
Dan aku kata pada diri aku, kalau aku tak tegur dia, dan lihat ke mana malam membawa kami, aku tentu akan menjadi orang paling menyesal di dunia.
Jadi aku beranikan diri, duduk di meja yang sama dengan dia - dia berseorangan, sedang makan Spaghetti Carbonara - dan aku kata hai. Dia pun kata hai balik. Tak ada tanda macam dia akan panggil polis, atau menjerit dengan sekuat hatinya, pencabul! atau perogol! atau Pencopet! Jadi aku pesan segelas air teh o ais limau, dan dan aku berfikir sejenak, sebab rancangan aku cuma sampai di takat ini saja.
Dia berhenti makan dan pandang aku.
Kemudian dia celupkan dua jari kanannya, dan ambil limau dari dalam gelas teh o ais limau aku. Sebelum aku sempat kata, perlakuannya mungkin tak haigenik, dia sedut limau itu hingga tinggal pulpanya saja. Kemudian dia kata, jom ke bilik I.
Kami masuk lif dan dia kata namanya Elle. L macam huruf? Tak, Elle macam majalah, dia cakap. Dia kata kosnya dua ratus. Aku ada tak dua ratus, dia tanya. Ada, aku kata.
Itu saja aku ingat. Bila aku terjaga, aku ada di dalam tab mandi yang penuh dengan ais, di dalam bilik yang aku tak kenal. Di atas siling dalam font besar-besar, tertulis, tunggu ambulans datang. Kemudian aku hilang kesedaran lagi.
Bila aku sedar sekali lagi, aku ada di sebuah di bilik di hospital. Terbaring dan berbalut macam mumia.
Seorang doktor masuk, dan dia kata padaku, minta maaf encik, jantung encik sudah hilang. Hilang, aku tanya.
Tapi kalau hilang macam mana saya boleh hidup. Begini, encik... Doktor tu nampak macam malu nak cakap. Cakaplah, aku kata pada dia. Cakaplah.
Begini encik, dia kata, jantung encik sudah tak ada bila encik sampai ke hospital. Itu yang kami tahu bila kami ambil x-ray encik. Tapi ada sesuatu yang menggantinya, yang buat encik masih terus hidup sampai
sekarang.
Apa dia, aku tanya lagi.Sebenarnya, di tempat jantung encik ada sebuah roda. Di dalam roda itu ada seekor hamster. Hamster tu berlari tak berhenti-henti, memusingkan roda itu, dan itu yang buat encik terus hidup.
Hamster, aku tanya sekali lagi. Ya, hamster, doktor tu cakap.
***
Jadi, aku kata pada dia, aku tak ada perasaan sebab, di tempat jantung aku ada hamster yang sedang berlari di dalam roda. Bukannya sebab aku seorang lelaki jahanam yang sengaja tak pedulikan dia. Ya, mungkin aku cuba berlaku curang padanya dengan pelacur bernama Elle, tapi itu tak bermakna aku tak ada perasaaan. Itu cuma bermakna aku seorang yang berkemungkinan curang.

Thursday, January 15, 2009
Kisah Ismail dan Datuknya feat Nenek Ismail (ver 0.001)
Ismail tersenyum sendiri, dagu melangut di tingkap, menunggu datuk pulang. Apa agaknya, akan datuk bawa pulang minggu ni?
Minggu lepas datuk bawa pulang cermin mata ajaib. Bila pakai, dunia jadi berwarna-warni. Segala benda yang dia tenung akan memancarkan pelangi, dan sepanjang minggu Ismail memanjat pelangi itu, tinggi dan semakin tinggi hingga sampai ke langit di mana dia bertemu dua ekor burung berwarna (apa lagi?) pelangi, bernama Bob dan Saiful. Bob dan Saiful akan membawa Ismail terbang ke bulan, ke bintang, dan di sana Bob dan Saiful akan mengajuk watak-watak kartun kegemaran Ismail hingga Ismail terkekeh-kekeh ketawa.
Minggu sebelum tu, datuk bawa pulang, syyy, pen yang bila dilakar pada gambar pada akhbar, majalah atau komik, akan menjadikan gambar itu nyata. Datuk dan Ismail sama-sama berlari ke kedai majalah berdekatan dan berebut-rebut menekan pen itu pada gambar-gambar dari majalah dan akhbar yang mereka beli. Dengan cara itu Ismail dapat bertemu dengan macam-macam watak komik kegemarannya, dan mereka bermain-main di satu sudut sementara di bilik, datuk berooh-aahh dan bermacam-macam lagi bunyi dengan perempuan-perempuan tak berpakaian yang dia tekap dari majalah-majalah yang dia beli. Ismail ada bertanya datuk apa yang dia buat di dalam bilik tu, dan kenapa bising sangat. Kata datuk dia bermain jengkek dan aci sembunyi. Ismail tanya, tak bolehkah dia main bersama? Datuk ketawa terbahak-bahak dan beri Ismail lagi dan lagi komik.
Minggu demi minggu datuk tak pernah kecewakan Ismail. Cuma...
Jam sudah menunjukkan pukul dua belas, tapi bayang datuk belum muncul lagi. Di dapur nenek sudah mula hidangkan makanan - gulai ikan yu; gulai kegemaran Ismail dan datuk - dan selalunya nenek akan mengamuk kalau tak terus datang makan bila dipanggil. Tapi, Ismail, mahu makan dengan datuk, macam selalu...
Tepat 12:10, Nenek mula panggil Ismail, dan dengan berat Ismail pun melangkah ke dapur dan duduk di depan hidangan yang sudah tersedia di depannya. Perlahan-lahan ISmail menyuapkan nasi dan gulai ikan Yu ke dalam mulutnya. Walaupun kali ini sedapnya lebih dari selalu, Ismail masih rasa macam kurang selera. Mana datuk, fikir Ismail. Kenapa Ismail, tanya nenek. Kenapa nampak bermuram durja. Datuk, kata ISmail. Mana datuk. Ismail nak makan tengahari dengan datuk, macam selalu.Eh, kata nenek, itu kan datuk. Mana-mana Ismail menoleh kiri dan kanan mencari. Itu, kata nenek. Mana, nenek. Tak nampak pun, kata Ismail. Itu, kata nenek, yang kamu dok suap dalam mulut tu.

Wednesday, January 14, 2009
Bandar Kaca
Di hari isteri aku meninggal - barah kalau kau perlu tahu - aku ternampak seorang perempuan seiras dengan isteriku. Hanya sekali imbas saja, di luar tingkap atas bilik rumahku. Waktu itu aku di depan cermin, merenung cermin. Lebih tepat lagi, merenung cermin dan berfikir kenapa aku belum berubah menjadi serangga.
Aku nampak perempuan itu dan kemudian aku terlupa tentangnya.Seminggu kemudian, aku ternampak perempuan itu sekali lagi. juga di tempat yang sama, dari arah yang sama. Kali ini aku bergegas keluar dan aku ikut dia. 20 meter kami berjalan, dia berhenti di depan sebuah kereta merah. Dia berhenti dan dia masuk ke dalam kereta merah itu. Dia masuk ke dalam kereta dan dia hidupkan kereta, tapi sebelum sempat dia pergi, aku berlari ke arah keretanya.
Berlari ke arah keretanya, dan aku buka pintu keretanya dan aku tarik dia keluar. Aku tarik dia keluar dan aku tanya dia siapa. Dia tak nampak terkejut langsung dengan perlakuanku. Dia cakap dengan perlahan-lahan seperti bercakap dengan budak yang masih belum belajar bercakap, dia kata dia isteriku, takkanlah aku tak kenal dia. Aku kata tidak, dan hampir saja aku tampar dia, tapi aku cuma kata tidak, isteri aku sudah mati seminggu lalu. Oh, dia kata, kalau macam tu, dia bukan isteri aku. Tapi...
Tapi apa, aku tanya, tapi, katanya kalau dia bukan isteri aku, siapa dia. Siapa dia, dia tanya aku, berkali-kali, dengan nada yang semakin nyaring. Aku tak tahu, aku kata, tapi yang aku tahu dia bukan isteri aku. Tidak, katanya, dia yakin dia isteri aku, kerana kalau tidak, siapa dia. Aku kata tidak. Dia kata ya. Aku kata tidak. Dia kata ya. Aku kata tidak. Dia kata ya.

Thursday, January 8, 2009
Sebuah Cerita Cinta untuk Pari-Pari yang Patah Sayap
Dia minta aku petik bintang-bintang untuk buat kalung. Aku kata tangan aku tak sampai. Dia kata dia mahu juga. Dia kata kalau aku tak petik bintang-bintang buat kalung, aku tak cintakan dia. Dia kata maknanya selama ini aku cuma menipu saja. Jadi aku capai tangan sepanjang-panjang mungkin dan aku petik lampu-lampu jalan dan aku utaskan jadi kalung. Kemudian aku sangkutkan pada lehernya. Berat lampu-lampu jalan tu buat dia terpaksa bongkok, duduk, dan akhirnya merangkak. Dia tak puas hati kerana lampu-lampu yang sudah diceraikan dari tiang itu tak menyala, berkelip-kelip pun tidak, jadi dia gigit dan mamah dan gigit dan mamah kedua-dua belah kaki aku hingga putus. Adil, kan, katanya. Aku angguk, kerana malas mahu bertengkar, dan kami mengesot bersama-sama ke Kenny Rogers berhampiran.
Wednesday, January 7, 2009
Terjemahan dari Lola, Kau Lari Bila Awan Runtuh, Ernesto Laclau
Lola suka bila aku ludah dalam mulutnya. Kemudian dia mahu aku tampar dia. Bukan, sekali, tapi sampai merah-merah mukanya. Kemudian? Kemudian aku ambik tali, dan aku ikat dia kemas-kemas. Kemas-kemas sampai berbekas. Kemudian? Kemudian aku nyalakan rokok, dan cucuh puntungnya pada badan Lola.
Lola yang mahu aku buat semua itu. Itu tanda cinta, kata Lola. Cinta yang dikanta pembesarkan dari segala dekaden barat yang sudah klise. Tapi Lola mahu semua itu. Lola mahu barat mencabulnya, supaya dia boleh rasa sejarah timur. Itu kata Lola, dan Lola suka semua itu.
Tapi satu hari, awan runtuh dan Lola lari.
Jadi ini bukan cerita tentang Lola. Ini cerita tentang aku yang mencari Lola. Dan aku bermula di situ, di tempat awan runtuh. Di tempat aku ludah dalam mulutnya dan di tempat aku tampar dia.
Ya, tepat sekali. Ini sebuah cerita tentang cinta.

Ennui Dalam Belukar
Ada seorang lelaki, namanya Fizz.
Dia sunyi. Fizz sunyi sangat-sangat. Tiap malam, Fizz dihantui mimpi muluk-muluk tentang rakan sekerjanya, Sarah. Tiap hari Fizz ke tempat kerja, dia merenung leher mulus sarah, dan berfikir, ah! apa rasanya jika giginya dikacipkan pada leher mulus itu.
Tapi lelaki bernama Fizz itu tahu, itu hanya khayalan. Leher Sarah takkan langsung berkhalwat dengan gigi Fizz. Sarah sudah ada suami. Yang ada kereta besar, dan duit ribu raban. Dan Fizz juga tahu, Sarah bukan klimaks kehendaknya. Sarah cumalah simptom penyakitnya. Penyakit sunyi. Penyakit sunyi sangat-sangat.
Lalu hari berinjak satu demi satu, dan gigi Fizz pun semakin kuning, dan leher mulus Sarah pun semakin berkedut, hinggalah tahun ke-5 bila Fizz rasa sudah sampai kemuncak kesunyiannya.Pundaknya sudah tak tahan menggalas biawak kesunyian ini. Fizz rasa, kalau dia tak bunuh kesunyian tu, kesunyian tu akan bunuh dia. Dan Fizz pun bikin, apa yang ssemua lelaki mahu bikin, tapi tak mahu memperakui:
Fizz pesan seorang isteri gayapos dari China.
Selang dua minggu kemudian, datang surat dari pejabat pos meminta Fizz mengambil bungkusan. Dengan penuh debar hati, Fizz ambil cuti penuh hari tu, dan singgah di pejabat pos setengah jam sebelum ia dibuka.
Kotak yang Fizz terima tu besar. Cukup besar untuk memuatkan seorang manusia, dan payah jugalah Fizz mahu mengangkatnya naik ke apartmen lima tingkatnya (Fizz tinggal di tingkat lima).
Di rumah, di ruang tamu, dengan jantung bergoncang seribu, Fiza membuka kotak yang diterima tu pelan-pelan. Dia keluarkan satu demi satu komponen yang ada, dengan cermat, dan membaca manual dengan teliti.
3 jam kemudian Isteri gayapos Fizz sudah siap terpasang. Kini hanya perlu tekan punat, dan Fizz tak akan sunyi lagi.
Tit! Bunyi punat ditekan. Mata Isteri gayapos Fizz dibuka.
"Hai," kata isteri gayapos Fizz. "Saya isteri awak. Apa nama saya?"
"Sarah," kata Fizz. "Nama awak Sarah."
"Hai," kata Sarah. "Saya isteri awak. Nama saya Sarah." Sara pun beri Fizz senyuman paling manis pada Fizz.
Fizz rasa beban di atas pundaknya itu diangkat oleh senyuman Sarah. Fizz sudah nampak cahaya yang akan mengeluarkannya dari lohong kesunyian yang menghantuinya.
Malang sekali, Fizz tak tahu yang tiga minggu kemudian. Sarah akan bermain kayu tiga dengan mesin basuh Fizz, dan keesokkan harinya akan lari dengan pembakar roti jenama Grundberg yang baru Fizz beli.
Tapi itu tiga minggu lagi.
Di hari ini, Fizz adalah orang paling gembira di dunia. Di hari ini Fizz tak lagi sunyi. Bukankah itu yang penting?

Tuesday, January 6, 2009
Mariam Anak Pak Samad Cantik Berkemban
Mariam anak Pak Samad memang cantik kalau berkemban, kata Dollah pada Latifah bila Latifah tanya kenapa Dollah menolak cintanya. Tapi Dollah sebenarnya tak pernah melihat Mariam Anak Pak Samad berkemban, dia cuma mengulang kata-kata Seman, dan dia rasa rugi besarlah kalau dia terima cinta orang yang tak cantik berkemban (Hakikat: Latifah tak cantik berkemban). Seman pun sebenarnya tak pernah melihat Mariam Anak Pak Samad berkemban, dia cuma mengulang kata Abror. Abror mungkin pernah melihat perempuan berkemban (makciknya, and mungkin dia rasa sedikit seronok, tapi itu antara dia dengan fikirannya), tapi dia pun tak pernah melihat Mariam Anak Pak Samad berkemban, dia cuma mengulang kata Wak Jono. Wak Jono pernah berkemban, tapi cuma telefon kameranya saja jadi saksi, dan dia juga tak pernah melihat Mariam Anak Pak Samad berkemban, dia cuma mengulang kata En Dahlan. En Dahlan sebenarnya tak wujud, dia adalah wakil rakyat Bagan Datoh yang wujud dalam kepala Wak Jono saja. Dalam kepala Wak Jono ada ramai orang, dan tiap-tiap hari dia dengar mereka bersembang. Tapi Wak Jono pemalu, dia tak pernah cuba menegur mereka. Tapi dia ada dengar En Dahlan bercerita satu hari tentang Mariam, dan wow, cantiknya, bila dia berkemban, dan entah macam mana ketika bersembang dengan Abror dua hari lepas, terpacul kata-kata itu dari mulutnya "Mariam anak Pak Samad memang cantik kalau berkemban", meski dia tak kenal dan tak pernah berjumpa dengan mahu Mariam ataupun Pak Samad.
Apapun, Latifah yang gundah gulana bercerita pada Mariam Anak Pak Samad tentang kata-kata Dollah, dan Mariam Anak Pak Samad cuma tertawa kecil, dan berfikir, ya, aku memang cantik bila berkemban.
Keesokan harinya Mariam Anak Pak Samad satu keluarga sudah hilang, khabarnya dia sudah ke KUala Lumpur, atau disorok bunian. Bila berita itu tersebar kesemua pemuda kampung itu meratap tangis berhari-hari kerana kemungkinan untuk mereka melihat Mariam Anak Pak Samad yang khabarnya cantik berkemban sudah jadi sifar.

Subscribe to:
Posts (Atom)