Selepas bersekedudukan dengan dia sekian lama, satu hari tu dia kata, this is going to be painful. You kenal tak Harry, pilot yang ada aksen Australia yang dibuat-buat tu? Ha, aku kata. Kenapa, dia kemalangan? Fantasi gay dia jadi kenyataan? Piano jatuh atas kepala dia?
Dia pandang aku, sambil tersenyum. Aku kata, tak ada garis-garis pada mata you. Jadi itu senyuman menipu.
The last part kelakar jugak, kan? Aku kata.
Ya, dia kata. I dah kata this is going to be painful.
Tapi, aku kata. You kata I selalu boleh buat you ketawa.
Ya, dia kata. Memang betul. Bola matanya ke kiri, satu miliseken. Sekurang-kurangnya dia tak menipu. Tapi
Harry...
Aku kata, sekurang-kurangnya biarlah aku telefon teksi.
Tak payah, dia kata. Harry...
Aku keluarkan telefon, dan aku telefon teksi.
Dia keluarkan beg, yang sudah kemas ditutup, dan dia heret beg tu perlahan-lahan ke pintu.
Aku tak minta untuk tolong dia.
Aku kata, teksi dah datang. Kebetulan ada teksi dekat sini.
Dia tutup pintu.
Aku tengok dari tingkap apartmen.
Sebuah kereta hitam datang. Honda Accord. Kereta tu berhenti di depan apartmen. Kemudian sebuah teksi datang.
Aku nampak dia melangkah keluar.
Teksi dan Honda Accord tu diletakkan bersebelahan.
Aku harap dia pilih teksi tu.
Wednesday, February 18, 2009
Julie, Aniversari 10 Tahun
Aku jumpa Julie di London. Di panggung wayang yang menayangkan Closer, dengan subtitel bahasa Rusia. Di babak bila watak Natalie Portman berkata "ne nevim. bylas studentka?" Dan Jude Law menjawab "Stripterka", dia pandang aku, dan aku tahu, saat itu aku tahu. Semacam aku tahu, serangga terbang dengan mengelak dari air hujan, jadi mereka tak pernah basah. Seperti aku tahu perkataan pertama seekor Cimpanzi yang diajar bercakap adalah satu satu penipuan.
Kemudian filem itu tamat dan Julie hilang dalam ramai.
10 tahun kemudian aku jumpa Julie sekali, lagi, dia berselisih dengan aku, bahu kami berlanggar, dan kami saling memandang, dan dia berkata "ne nevim. bylas studentka?" dan aku jawab "Stripterka" dan dia tertawa, dan aku tertawa. Dan dia berkata pada aku, Cialis.
Mahu beli Cialis? Sila layari laman web cialisforstrongmen.com.
Membeli Cialis online membebaskan anda dari gangguan seperti berbaris di dalam q hingga sampai giiliran anda, juga aturan serta polisi yang perlu untuk mendapatkannya tidak diperlukan lagi. Kebanyakan kedai online akan menghantarnya dengan cepat, tepat dan ceria hingga ke pintu rumah anda. Tak perlu rasa malu lagi. Tak perlu rasa lagi seperti kebatinan anda dipersoalkan.
Jadi, tunggu apa lagi?

Tuesday, February 17, 2009
Dia Buat Hatiku Mahu Pop!
Dia buat hatiku mahu Pop! kata Nurul Asyikin pada bffnya, Alisa. Sia-pa, kata Alisa, memperlahankan lagu Lenka yang sedang dia dengar dan siulkan. Rashidi, kata Nurul Asyikin. Rashidi, kata Alisa. Budak rempit tu? Budak rempit tu buat hati kau mahu Pop? Tak, tak, tak. Kau silap, kata Nurul Asyikin. Rashidi bukan rempit, kata Nurul Asyikin. Habis tu, apa yang kau panggil orang yang di dalam kelas bawahan, bawak kapcai, res malam-malam buta, melepak moles awek, dan prospek sifar dalam kehidupan?
Misunderstood, kata Nurul Asyikin.
Nurul Asyikin tak tahu kenapa Alisa sangat tak suka pada Rashidi. Memanglah Rahidi selekeh, kadangkala hamis, dan suka melegakan wanita-wanita tua dari beg tangan mereka, tapi disebalik eksterior itu, ada sesuatu, ada je nais se quoi yang Nurul Ayikin tak boleh terangkan, sesuatu yang buat tiap saatnya, Rashidi jadi seperti kurap eternal di punggung Nurul Asyikin; sesuatu yang tak boleh dilupakan.
Macam mana aku nak terangkan pada kau, Alisa, tanya Nurul Asyikin. Cuba guna nosyen yang lebih abstrak, kemudian bagi contoh yang mudah, kata Alisa. Ok, kata Nurul Asyikin. Kau tau, bila Husserl kata akal kita, walau dalam posisi pegun, sentiasa diarahkan pada sesuatu, tiada posisi 'an-sich', Rashidi adalah apa yang akal aku arahkan. Dia posisi pegun akal aku. Oh, kata Alisa. Sampai teruk macam tu sekali? Nurul Asyikin mengangguk, menggigit bibir, kerana dia rasa dia nampak sungguh kiut bila buat begitu; menggigit bibir, bukan mengangguk.
Tak ada siapa nampak kiut mengangguk.
Saturday, February 14, 2009
Thursday, February 12, 2009
Sufian Abas Seluloid
Ini review tentang 4 cerita aku yang dibikin filem oleh studen Sunway. Aku tak pergi, walau ada email jemputan, sebab aku tak suka tengok baca atau dekati apa yang aku tulis selepas ia sudah diterbitkan. Atau macam kata Alan Moore, bila dah dijadikan muvi, tu bukan harta mak bapak kau dah...
[p.s. The chick in Aisha should be way way hotter]
Young urban souls
MAX KOH
THE graduating students of Sunway University College’s Department of Media and Performance seem to have a keen eye for adapting wonderful materials for their productions.
The bubbly bunch first eyed Huzir Sulaiman’s Atomic Jaya as their swansong stage production before leaving the heady times of their varsity days.
The 90-minute show, under the guidance of lecturer and established director Chee Sek Thim appeared to be a success as when the final bows were made: it was met with roars of approval and thundering applause.
After the satirical Atomic Jaya, the students seemed to have taken a sombre turn to examine matters of the heart in their final-year video production, Jiwa Hari-Hari.
The four shorts — Ooh! Jimi, Tak Nak, Aisha, and Malam Ini Malaikat Tidur — were arranged to follow the natural progression from dawn to night.
The quirky nature of the first short, directed by student Balram Tikaram Kami, saw the titular character Jimi who, after witnessing two cicak (house lizards) mating, decided to dress up as a one, then went around Bangsar looking indiscriminately for a suitable girl.
The scene was amusing if slightly alarming as Jimi humps a random girl in the middle of a mamak shop filled with people.
Balram said in a forum after the screening of the shorts: “It was quite amazing only one guy in the shop noticed us and kept telling us to stop it.”
Without any dialogue, the short possessed an intrinsic carnal quality, heightened by a haunting soundtrack. It posed the question: When the human condition is stripped of all desire for meaningful relationship and moral scruples — what remains of us? Are we not different from other creatures with similar carnal desires?
Tak Nak saw two friends on a sunny afternoon involved with drugs and a quirky samurai fight scene. Among the four, this one was the most upbeat although it appeared to be slightly lost in translation from screenplay to video. With some tweaks, the thrust of the storytelling could have been strengthened to drive the message home.
Faiq Syazwan’s Aisha offered a man questioning his own existence. A girl laid on a bed holding Dante’s Inferno, while the man pondered on questions left unanswered. Faiq captured the mood very well with bleak visuals and the main actor’s narration was almost mesmerising.
The shorts ended with Sony Deol’s Malam Ini Malaikat Tidur, which saw a mother trying to connect with a child who prayed to God for a unicorn but never got one. The mother said: “Sayang, malam ini malaikat tidur” (Darling, tonight the angels are sleeping), we were reminded of our own childlike yearnings and how we got over them.
All four shorts were adapted from Sufian Abas’ short stories in the collection, Kasut Biru Rubina. Judging from the students’ efforts, their addition to the local performing and media scene would make for interesting times.

Sunday, February 8, 2009
Bila lantai jongkat-jongket, kenapa kita rasa terdorong untuk menari juga?
Di hari isteri aku beritahu yang dia hamil, aku tulis sekajang puisi.
Esok hari kami ke klinik, kalau boleh mahu tengok rupa waris aku - sori, kami - itu. Dalam kereta, di dalam kepala, aku tulis cerita epik dalam terza rima, yang aku rasa begitu perfect, orang yang membacanya akan terus diangkat ke langit.
Perjalanan lima belas minit ke klinik, aku rasa macam dua jam lima belas minit.
Infiniti dalam sebutir pasir, kata William Blake. Ya, akhirnya aku faham William Blake.
Di hospital, isteri di atas katil, doktor yang merenung monitor, menggeleng-geleng. Aku terfikir tentang nama-nama eksotik penyakit yang umpama puisi kehancuran tubuh manusia. Dan aku tanya doktor, doc, apa yang tak kena, sambil berfikir, godammit, sekali lagi alam sandungkan kaki pada aku yang sedang berlari.
Doktor itu berpaling pada aku dan berkata.
Anak awak, kelihatan cukup sifat, dan tiada penyakit.
Ah keajaiban sains moden! Tapi kenapa doc menggeleng aku tanya, apa yang tak kena?
Anak awak, kelihatan cukup sifat, dan tiada penyakit... kalau ia seekor arnab.
* * *
Addendum:
7 bulan kemudian, anak itu pun lahir, dan (syukurlah) ia bukanlah arnab, cuma seorang bayi yang memakai di kepalanya telinga playboy arnab. Yay!
Seorang Perempuan atau Lelaki yang Bersuara Perempuan yang Bermain Gitar di Sebuah Rumah yang DI Kerumuni Orang
Semalam, berbasikal, singlet koyak di nipel, selipar Jepun sudah longlai, Ah Seng melintas di depan sebuah rumah. Dia nampak ramai orang berkerumun depan rumah tu, macam ada hari raya, atau orang mati. Dia mengayuh dekat rumah itu dan berhenti betul-betul di depannya. Orang ramai di rumah itu tak pedulikan dia. Dari dalam rumah itu keluar lagu yang dimainkan dengan gitar. Lagu itu dinyanyikan oleh seorang perempuan.
Atau seorang lelaki yang bersuara perempuan.
Ah Seng berfikir, wah, sedapnya suara perempuan atau lelaki bersuara perempuan ini. Ah Seng mengayuh basikalnya supaya lebih dekat dengan rumah itu. Wah, tak silap lagi. Suara perempuan atau lelaki bersuara perempuan ini amat sedap sekali. Ini suara yang akan menelusup dalam hati dan bikin kediaman dalam hati.
Ini suara yang sangat boleh dicintai.
Ah Seng tersenyum, dan kembali mengayuh basikalnya meninggalkan rumah yang dikerumuni orang itu. Ah Seng begitu gembira hari ini, kerana dalam tempoh tiga minit, dia dapat merasa keindahan cinta yang tidak diiringi dengan sakit hati, cemburu, amarah, benci, makan hati, gigit jari, telan racun rumpai, minum banyak-banyak todi sampai mabuk dan mati, gantung diri, berjalan di atas rel keretapi dan sebagainya. Ini cinta yang amat suci dan harus dihargai, fikir Ah Seng sambil bersiul-siul lagu yang dia dengari tadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)