Monday, March 30, 2009

Hani Membalas Dendam (WIP)

Hani anak Dato' Rahim sudah mula curiga.

Tiap malam waktu Hani tidur, dia syak, rohnya akan meninggalkannya. Tiap malam bila matanya katup, Hani syak, rohnya akan terbang meresap keluar dari badannya untuk ke Disneyland. 

Mulanya Hani boleh terima, bila dia rasa rohnya hanya sampai, say, ke Sungai Lembing atau Ayer Tawar saja. Tapi Disneyland?

Tanpa empunya diri?

Mulanya perasaan syak wasangka memang tak ada dalam diri Hani. Tapi bila setiap pagi dia boleh rasa manis kandi kapas di mulut, dan hangat badan seperti selepas dipeluk Mickey Mouse, Hani mula curiga.

Hani anak Dato' Rahim memang sudah lama mahu ke Disneyland. Yang paling tinggi dalam munajat angannya ialah Disneyland di Amerika, sudah tentu. Dan di Eropah kedua, manakalan kalau terpaksa, kalau diletakkan pistol di kepala dan dipaksa pergi, mungkin Hani boleh gagahi pergi ke Disneyland Tokyo.

Malang sekali, sejak Dato' Rahim berkahwin baru, Hani seperti dipenjara di rumahnya - bukan oleh papanya, tapi oleh mama palsunya yang masih 21. 

Jadi, bolehkah rohnya itu dimaafkan, acum Hani kepada Bearbear, anak bajang berbentuk beruang yang sangat dia sayangi. Tidak, Hani gelengkan kepalanya bagi pihak Bearbear. Tidak, kan Bearbear?

Jadi petang itu Hani layari internet ke laman Alongpukul.com dan mengupah beberapa orang Along untuk menyelesaikan masalah rohnya.

Malam itu, sebelum tidur Hani makan tiga biji ubat tidur, dan tertawa bersama dengan Bearbear. Hi hi hi, tawa Hani. Hi hi hi, tawa Hani bagi pihak Bearbear.

Malam itu, tepat jam satu, tiga orang lelaki berbadan besar, dengan muka  yang ditutup sarung kaki perempuan, dan berpistol setiap seorang, memecah masuk rumah Dato'Rahim. 

Friday, March 27, 2009

Di Citibank Ada Kedai Kopi

Selepas sepuluh tahun aku terserempak dengan dia di Ampang Park. Memilih trinkets di kedai yang penuh dengan barang murah-murah. Masih macam dulu. 

Kami pergi minum di bangunan Citibank. San Francisco Coffee. Mejanya berkilat-kilat.

Aku pesan lemoned. Dia kata, I almost ordered the same thing. 

Kemudian dia senyum jahat.

Aku nampak cincin di tangannya.

Ok, aku kata.

Kami duduk di meja dekat cermin.

Bayang-bayangnya samar melekap dicermin, meniru gerak gerinya. 

Bila cakap, aku pandang pada cermin. Pada doppelgängernya itu. 

So, aku tanya dia, hidup masih tragik?

Masih, dia kata. 

Dan sekali lagi senyuman jahat tu.

Aku teringat satu ayat dari Amy Hempel. Kadang-kadang kita fikir benda tu halimunan, tapi sebenarnya, mata kita yang tertutup.

Thursday, March 26, 2009

Terbaru! DUA LAUK kini boleh didapati di seluruh Malaysia

*Terbaru*

DUA LAUK kini boleh didapati di Popular seluruh Malaysia

DUA LAUK kini boleh dibeli di Silverfishbooks, Bangsar 

KL

MPH Alpha Angle
MPH Mid Valley
Borders BTS
Borders Garden
Kinokuniya KLCC
Popular Ampang Point

Putrajaya

MPH Alamanda

Selangor

MPH SACC
MPH One Utama
Borders The Curve
Borders Tropicana
Popular Amcorp Mall
Popular Aeon Balakong
Popular Selayang Mall
Popular Bukit Raja
Popular SUnway Piramid
Popular IOI
Popular Bukit Tinggi

TERENGGANU

Popular Mesra Mall Kemasik

Negeri Sembilan

MPH Jusco Seremban

Penang

Popular Queensbay Mall
Popular Prangin Mall
Popular Tesco Penang
Popular Plaza Gurney
Popular Sunway Carnival Mall
Popular AEON Seberang Prai
Borders Queensbay Mall
Popular Bukit Jambul
Popular Queensbay
Popular Megamall Seberang Penang
Popular Prangin Mall
Popular Sunway Seberang Jaya
Popular Jusco Perdana

JOHOR

Popular JB City Square
Popular Batu Pahat Mall
Popular Giant Tampoi
Popular Summit Batu Pahat
Popular Jusco Tebrau City

KEDAH

Popular Central Square, Sg Petani
Popular Tesco Alor Star
Popular City Plaza, Alor Star
Popular Star Parade A Star

KELANTAN

Popular KB MALL Kelantan

MELAKA

Popular Tesco Melaka
Popular Melaka SC

NEGERI SEMBILAN

Popular Terminal One
Popular Jusco Seremban 2

PAHANG
Popular Kuantan Megamall

PERAK

Popular Greentown
Popular Taiping

Sabah

Popular Centrepoint KK 

Sarawak

Popular Bintang Plaza, Miri

Wednesday, March 25, 2009

Suhaimi Jatuh CInta Pandang Pertama (WIP)

Suhaimi jatuh cinta pandang pertama!

Kepalanya penuh dengan dia. Hatinya dirobek-robek peluru mesingan si cilik eros. Dalam matanya yang coklat bundar itu, Suhaimi nampak dua orang anak, Zulkifli dan Sari Ayu berebutkan kek mocha. Rambutnya ibarat bulu kucing-kucing gebu peliharaan Mak Datin! Grrr. Mrrow! Oh payudaranya! Ia buat kau belajar untuk berhenti bernafas! 

Suhaimi jatuh cinta pandang pertama, kata korus.

Lalu di malam hari itu juga, Suhaimi dan backing bandnya (Ayatollah, gitar utama, Cik Abu Zen, deram, Nik Kuala Pilah Bass dan suhaimi sendiri, biola - Hamid, pemain gitar ritma tak datang, entah kenapa, mungkin tak percayakan cinta) berdiri di depan jendela rumah perempuan itu dan mendendangkan lagu yang sarat dengan bunga-bunga, angin sepoi-sepoi bahasa dan lampu kelip-kelip hari raya.

Sejam mereka bermain, tapi tiada kelibat langsung perempuan pengarang seloka jantungnya itu. Sejam Suhaimi menggesek biola, dan muziknya mengawang ke langit dan jadi oksigen lalu disedut rakyat kawasan perumahan itu, tapi pintu jendela masih terkunci rapi.

Break sebentar.

Beb, kata Ayatollah, mencabul keheningan romantik malam itu. Nampaknya tak adalah pesta ooh aah lu hari ni. Suhaimi termangu. Hendak dipanggil tinta yang menulis sonet cinta di hatinya itu, tapi ngak dia tahu namanya.

Apakata, ini suara Cik Abu Zen. Kau laung saja nama-nama perempuan. Mana tahu salah satunya nama dia? Cik Abu Zen otak bergeliga. 

Suhaimi pun berdiri, dan dengan suara yang paling kuat, dan paling seksi dia memanggil. 

Lisa!

Mira! 

Intan!

Aleya!

Zatika!

Hafiza!

Maya! 

Elizabeth!

Paula!

Beatrice!

Josefina!

Mariam!

Maryam!

Arakian dari jauh kelihatan kelibat Hamid, anggota band kelima bergegas-gegas dengan mengendong gitar dibahu, tercungap-cungap.

Hamid, disini! Kata Suhaimi. Mungkin dengan kehadiran Hamid, dan bunyi yang lebih penuh, pintu  hati dan jendela bakal surinya itu akan terbuka jua.

Dan seperti pembaca-pembaca arif semua tahu, sebaik sahaja Suhaimi memanggil nama Hamid, pintu jendela itu terbuka, dan terpacul satu suara dari dalam jendela yang buat darah mereka semua tersirap lalu nyaris kering terus:

Siapa panggil saya?

Sunday, March 15, 2009

Sidang Pembacaan di Silverfishbooks



Silverfishbooks, Sang Freud Press dan Sindiket Soljah dengan berbesar hati, menjemput pencinta-pencinta cerita pop untuk bersama memeriahkan sidang pembacaan naskhah DUA LAUK dan PEREMPUAN SIMPANAN.

Dua Lauk merupakan hasil kolaborasi dua orang perempuan yang dibesarkan oleh serigala di bawah jambatan Kuala Lumpur sementara Perempuan Simpanan adalah koleksi fiksi sejumlah perempuan-perempuan berpaksikan komunisme (dalam erti kata yang paling tulen).

Antara yang akan mempersembahkan karya mereka:

Taf 'Tifani' Teh

Inilah juga peluang untuk anda mendapatkan naskhah DUA LAUK dan PEREMPUAN SIMPANAN (hanya 20 naskhah sahaja)!

Kalau anda ahli fesbuk, sila ke sini untuk RSVP

Saturday, March 7, 2009

2 a.m.

Dia call aku pagi tu. 

Dalam pukul 2 pagi. Dia kata, boleh tak...

Dia kata boleh tak you pergi Burger King kat Jejantas Sungai Buloh dan belikan I [jenama burger].

Tak, aku kata. Tak boleh, aku kata.

Oh, dia kata.

Kenapa, dia kata.

Aku kata dia dah kahwin. Dan ada anak dua. Dan kita, yakni aku dan dia, sudah tak ada.

Oh, dia kata.

Boleh tak , dia kata. Boleh tak kalau you pusingkan masa dan kembali pada waktu kita, yakni aku dan dia masih ada.

Tak boleh, aku kata.

Oh, dia kata.

Kenapa, dia kata.

Sebab mustahil untuk capai kelajuan lebih pantas dari cahaya. Kita tak ada teknologi tu. 

Oh, dia kata.

Kemudian dia letak telefon. 

Aku bangkit dari katil, dan aku hidupkan mesin kopi dan aku buat kopi. Aku buat kopi paling mahal sekali. Kopi paling mahal selalunya paling pahit.

Friday, March 6, 2009

Cinta, Sebuah Epik

Dalam Bank Al-Taji, kita boleh depositkan cinta untuk kita gunakan di masa akan datang.Tapi masalahnya bagi Seman, selepas dia masukkan deposit hari Sabtu lalu dia tak boleh keluarkannya langsung. Masalah akaun, kata jurubank yang senyum-senyum menyindir tu (subteks: orang seburuk awak tu ada ke cinta?). 

Seman tak puas hati. Esok hari Valentin. Mana mungkin di hari Valentin tak boleh keluarkan cinta! Jadi malam itu dia datang dengan tong penuh minyak petrol dan dia bakar bank Al-Taji. Api menyambar dengan ghairah bank itu, dan Seman yang rasa sangat teruja berjoget-joget di depannya. 

Kalau aku tak boleh keluarkan cinta, kata Seman kuat-kuat, tak ada siapa pun boleh keluarkan cinta. Menjelang tengah malam, yang tinggal hanya debu melayang-layang longlai dan sepi di tiup angin.

Esok paginya tiap ketul coklat di muka bumi ini cair. Tiap kuntum bunga pula layu. Orang yang lalu lalang, berwajah murung dan sepi.

"Oh pari-pari ilham, nyanyikan padaku tentang cinta yang sudah tiada lagi," dua ratus tahun kemudian, bermula sebuah hikayat epik in medias res.

Suka Baca Filem Rebiu?

Pergi blog tonton filem. Ini bukan rebiu bapak kau: Kudeta Filem