Pagi itu Ahmad bangun dengan hujan menitis di kepalanya. Ahmad bangun gosok gigi, mandi dan memakai baju paling ceria, tapi hujan itu terus menerus menitik di atas kepalanya. Mulanya Ahmad tak kisah sangat, kerana hujan itu hanya rintik-rintik halus, tapi sebaik saja dia keluar dari rumah untuk membeli gula di kedai runcit Pak Chong, hujan rintik itu bertukar menjadi lebat.
Dan baju ceria Ahmad menjadi hambar dengan kuyup. Warnanya menjadi pudar dan muram.
Lalu Ahmad mendongak ke atas dan dia melihat setompok awan yang paling sayu di dunia terapung betul-betul di atas kepalanya. Awan itulah yang tak henti-henti menurunkan hujan ke kepala Ahmad.
Lalu Ahmad pun bertanya, 'Hei awan, kenapa kau turunkan hujan ke atas kepalaku?'
Awan itu menjawab, nadanya hiba, 'Kerana aku awan paling sayu di dunia.'
Jawab Ahmad, 'Itu aku faham. Tapi kenapa kau turunkan hujan ke atas kepalaku? Kenapa tak atas kepala Pak Chong?'
Awan itu menjawab, nadanya masih hiba, 'Ahmad, baiklah kau duduk, kerana ceritaku ini amat panjang.'
Ahmad melangkah ke kedai kopi berdekatan dan memesan segelas kopi. Kemudian, dia mendongak, dan berkata, 'Baiklah awan, kenapa kau turunkan hujan ke atas kepalaku?'
Awan paling sayu di dunia itu diam sebentar. Mungkin dia sedang mengolah ceritanya. Ahmad hirup perlahan-lahan kopi panasnya yang kini jadi sejuk oleh dek hujan yang memercik dari kepalanya. Kopi itu terasa seperti dicampur dengan air mata. Situasi ini buat Ahmad sendiri rasa hiba.
Sebentar kemudian awan paling sayu di dunia itu pun bermula:
Pada suatu hari, sedang aku berapungan di angkasa, sendiri tapi tak sepi, ceria bermain dengan ciak-ciak yang terbang tinggi, aku ternampak kelompok manusia sedang berkumpul di depan sebuah pentas. Waktu itu aku bukan begini. Waktu itu aku awan yang hedonis, yang sentiasa dahagakan hiburan. Yang sentiasa hauskan tawa-ria dan pesta-pora. Lalu aku segera mengapung diriku ke atas pentas itu.
Di atas pentas itu ada seorang perempuan yang sedang bermain gitar. Rambutnya lurus seperti sudah direbonding, hidungnya mancung, dan suaranya sangat merdu. Aku tak tahu namanya, kerana sewaktu aku sampai dia sedang asyik mendendangkan lagunya.
Lagunya pun aku tak tahu, tapi entah kenapa, lagunya itu menghambat segala keceriaan yang aku bawa tadi. Ya, lagunya itu buat bibit-bibit rasa hiba mula tumbuh dalam hatiku.
[Bersambung]
Sunday, June 28, 2009
Thursday, June 25, 2009
Robot berbaju Ropol-ropol
Robot itu bangun pagi dengan rasa fabulous! Dengan rokok di bibir, yang tak dinyalakan (aku mesti berhenti hari ini!) dia pilih baju yang paling ropol-ropol dan warna paling pastel.
Di depan cermin dia teliti susuknya. Wah!
Kemudian dia keluar, shuffle sambil berjalan, sampai ke perhentian bas.
[mood: ceria]
Datang bas, dia lompat-lompat satu-satu anak tangga ktung-ktung ktung. Masukkan syiling, dan melangkah ke tempat belakang sekali.
Masuk seorang tua. Masuk seorang muda. Masuk seorang perempuan. Masuk seorang lelaki. Robot itu duduk, menyilang kaki, kerana bas tak penuh.
Sampai tempat kerja, seekor burung kedidi plastik, terbang lalu, dan hinggap di atas antenanya.
Mereka berdua bersiul. Macam tak ada care dalam dunia.
Sampai di tempat kerja, robot itu pakai tali leher, dan pakai tag nama. Kemudian dia duduk di atas kerus biasanya dan mula menaip. Robot itu menaip dan menaip, hinggalah tiba waktu rehat. Kemudian dia ke kafeteria pejabat, lalu beli nasi lemak, buah bidara dan air selasih.
Dia duduk di meja hujung, dan perhati orang lalu lalang, sambil makan perlahan-lahan.
Lima minit kemudian, datang seorang perempuan seksi.
Hye, perempuan tu kata, dan duduk sambil berkongsi nasi lemak dengan robot.
Lima minit kemudian, datang lagi seorang perempuan, yang pemalu tapi ayu.
Hye, kata perempuan itu, sambil berkongsi buah bidara dengan robot.
Sebelum pulang ke kubikel masing-masing, perempuan seksi dan perempuan pemalu buka tas tangan dan berikan robot kad, perempuan seksi kata, call me, honey, dan perempuan pemalu cuma tersipu-sipu.
Robot itu senyum dan angguk-angguk kepala. Kemudian dia melangkah ke kubikelnya.
Sebelum mulakan kerja robot ropol layan lagu Wani Ardy dalam ipodnya.
Sedang dia tekun menyambung kerja, guruh berbunyi.
Guruh berbunyi, bukan di luar, tapi di dalam hatinya.
[mood: suram]
Hujan mula menitis. Di dalam hatinya. Robot itu sudah mula rasa murung. Kerja yang tadi laju, sudah mula perlahan.
Dunia bergerak dalam slo-mo.
Hujan jadi ribut petir.
Pukul lima setengah semboyan berbunyi menandakan waktu kerja sudah tamat.
Robot itu keluar pejabat, berjalan perlahan, berjalan di celah-celah orang ramai.
Tiba-tiba...
[bersambung]

Wednesday, June 17, 2009
Balada Remy si bul-bul dari Damsyik.
Dari atas kubah berkilat itu, Remy, si bul-bul dari Damsyik melihat vista dunia fana ini. Ada sesuatu yang tak kena dengan pandangannya - mungkin kerana sudah tua (6oo tahun), atau jiwanya sudah putus asa.
Remy merentas masa menurut cara tradisional, yakni hari demi hari untuk bertemu dengan bul-bul yang diramalkan akan melengkap kan jiwanya. Kalau mengikut ramlan tok nujum faridudinatar, pada sekian waktu di tahun masihi dan pada jam sekian pada tahun masihi juga bul-bul itu akan lahir, dan selagi bul-bul itu tak lahir Remy tidak akan dapat merasa erti kebahagiaan.
Lalu Remy pun menunggu. Enam ratus tahun. Mungkin tempoh itu inifinitesimal dalam usia alam semesta, tapi bagi makhluk sehalus dan sedhaif Remy, masa itu obor yang dibawa berlari mengelilingi dunia oleh orang yang tersesat akal.
Lalu Remy menunggu. Empayer jatuh. Bintang berinjak sedikit. Manusia yang hamba alam, kini jadi tuannya.
Remy menunggu.
Lalu enam ratus tahun pun berlalu. Ada kelazatan dalam menunggu, fikir Remy di hari yang ditakdirkan itu. Kelazatan yeng memuncak umpama lahar yang menerobos bumi dan batu.
Jadi, dariatas kubah yang berkilat, dihari kakak takdir yang kedua memintal dua benang dan menyimpulkannya, Remy terbang mencari kelodan jiwanya.
Terbang, Remy, terbang.
Apakah dia bertemu dengannya, atau tidak, kita tak tahu, kerana di sinilah noktah cerita ini. Ya, di sini.

Tuesday, June 16, 2009
Sunday, June 14, 2009
Malam yang Sentimental
Itu malam terakhir kami.
Mr Jones, berulang-ulang dipasang. Aku bawa kereta. Dia duduk di sebelah. Kami menyanyi bersama-sama. Dan sekejap-sekejap, dia menoleh ke kanan, sekejap-sekejap dia menoleh ke kanan. Dekat Bukit Bintang, akhirnya di depan lampu trafik aku tanya dia, kenapa.
Dia tunjukkan restoren segera Aladdin (Kini sudah tutup, tak perlu cari). Itu tempat pertama kami makan bersama. Sebelum ini, katanya lagi, kami melintas tempat-tempat lain seperti itu. Yang ada nilai sentimental, katanya. Ikonografi Kuala Lumpur, katanya, semacam berkata, sudah tak ada lagi cerita. Di sinilah Alphanya. Di sinilah juga Omeganya.
Itulah paling sentimental dirinya, sejak aku kenal dia.
Kenapa tidak, kan, sayang, ini malam terakhir kita, katanya.
Kemudian lampu merah menjadi hijau.

Bunny, tiba-tiba...
Kata Marco Polo, orang yang ke laut adalah orang yang putus asa.
Betul sangat, kerana Bunny ke laut untuk membunuh diri. Tapi waktu ini dia belum tahu lagi caranya. Waktu ini, dia memandu keretanya, sebelah siku di luar, jari menyepit rokok yang sudah hampir padam. Sambil itu, dia nyanyikan lagu, yang padanya, lagu paling sedih di dunia.
'Kau pergi' oleh kumpulan Search. Lagu yang amat sesuai dimainkan sebelum membunuh diri.
Dalam kepalanya pelbagai cara untuk membunuh diri.
Seorang konosier membunuh diri Jepun, Yamataka, Takakita, Yashayasha, entahlah, pernah menulis, cara terbaik untuk membunuh diri adalah dengan menggunakan pisau yang tersangat tajam dan mengelar leher dengan sekali libas. Kemudian melangkah masuk dalam tab penuh air dan merendam diri sampai ke leher
Walaupun Takataka Takakita, Yashayasha,tak membunuh diri dengan cara itu - dia mati kerana terpijak kulit pisang lalu melayang di depan lori dari arah bertentangan - dia tulis dengan yakin bahawa, dengan cara itu, kita hanya akan rasa seperti mengantuk, lalu tertidur dan terus mati...zzz. zzz.
Tapi Bunny rasa, ini bukan untuk dia.
Bukankah Cortazar pernah menulis, Kalau aku terpaksa hidup tanpa kamu, biarlah hidup ini keras dan berdarah?
Jadi mati Bunny harus keras dan berdarah.
Harus.
Mungkin karang, fikir Bunny, karang keras, dan dihempuk dengannya pasti berdarah yang amat.
Ataupun jetski. Dilanggar jetski, adalah satu kemungkinan yang ada juga Bunny fikirkan.
Bagaimana kalau digigit jerung? Ada tak jerung di perairan nanti?
Amy masih menyanyi lagi.
'Pulanglah! Oh Pulanglah sayang!'
Bunny masih berfikir.

Friday, June 12, 2009
Musang perempuan yang jatuh cinta dengan bayang-bayangnya.
Salam Ukhwah, adik-adik. Sudah dengar cerita tentang seekor musang perempuan yang jatuh cinta dengan bayang-bayangnya?
Di sebuah hutan yang tebal, hidup seekor musang perempuan. Nama musang itu Amy. Itu bukanlah namanya sejak dari lahir, adik-adik, kerana musang selalunya tak bernama.
Secara amnya , musang mengamalkan hidup berpaksikan komunisme yang ekstrim, jadi mereka semua memiliki nama yang sama, yakni musang, untuk menandakan yang setiap ekor musang adalah setara*. Ya, memang keliru bila ada mesyuarat antara musang, tapi kerana mereka haiwan solitari, masalah ini jarang timbul.
Amy berbeza. Musang perempuan ini lebih solitari dari musang lain. Dia tak pernah ke mesyuarat kolektif, dia juga tak pernah mahu berkongsi apa-apa dengan musang lain. Jadi, musang-musang lain telah sebulat suara memencilkan Amy dari kelompok mereka. Which is fine, bagi Amy, kerana dia tak give a fuck pun pada kolektif musang-musang semua**.
Amy mendapat namanya dari dirinya sendiri. Ya, adik-adik, Amy mengangkat individualisma pada tahap paling tinggi dengan memberi nama pada dirinya sendiri. Kisahnya begini, suatu hari, dia terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang bertengkar di bawah sebuah pohon rimbun. Nama si lelaki itu Salim, dan nama si perempuan itu Amy.
Si lelaki itu, Salim, menuduh Amy menduakannya dengan tukang kasut di kampung seberang, dan mengugut akan menggantung dirinya di situ juga, kalau Amy tak berjanji pada langit dan matahari yang dia akan meninggalkan tukang kasut itu.
Amy enggan, kerana katanya dia pengamal cinta liberal. Dalam medan cinta, semuanya sama, baginya. Jadi, pegi mampuslah kau Salim dengan ugutanmu. Bukannya kau berani bunuh diripun.
Salim marah lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak Amy. Kemudian dia mengacukan pistol itu pada kepalanya dan menembak kepalanya hingga otaknya terburai.***
Musang perempuan yang kini bernama Amy itu, ketika sedang menyiat-nyiat daging Salim dan Amy menjadi cebis-cebis untuk dijadikan bekal musim dingin nanti, rasa begitu teruja dengan falsafah yang diamalkan oleh Amy, lalu seraya di waktu itu juga menamakan dirinya Amy.
+ + +
Satu hari tu ketika pulang dari memburu, dengan seekor tupai masih di mulut, Amy terlintas sebuah mata air.
Dahaga, Amy berhenti sebentar, meletakkan ke tepi tupai itu (nama tupai itu Selamat), dan melangkah ke arah mata air itu.
Alangkah terkejutnya Amy bila dia melihat di hadapannya seekor musang betina yang begitu cantik parasnya di dalam mata air itu. Amy bukanlah dekaden sangat, kerana dia tahu cinta sejenis itu sesuatu yang grotesk dan kotor dan tidak bertamadun, tapi dia tak boleh tidak terasa jantungnya berdetak ah! ah! ah! bila melihat musang betina itu. 'Sungguh dia seperti aku!' Kata Amy. Mulusnya bulunya, anggunnya muncungnya, capangnya telinganya, ah, hati jangan kau jatuh padanya! Jangan!'
Tapi seperti yang kita tahu anak-anak, puak yang kapital dan liberal ini, adalah kuda tunggangan nafsu. Apa sangatlah kekangan moral pada makhluk seperti ini!
Lalu tanpa berlengah-lengah lagi Amy pun terjun ke dalam mata air itu, begitu teruja dirinya mahu melampiaskan nafsunya pada musang cantik di hadapannya itu.
Dan kita pun tahu apa yang terjadi pada Amy selepas itu, kan adik-adik? Ya, kita tahu. Seorang pemburu menembaknya mati sedang di dalam pegun lompatannya, lalu jatuhlah musang perempuan bernama Amy itu dan matilah ia di dalam mata air itu yang sedang memerah oleh darahnya kerana cinta yang sia-sia.
---------------
Nota kaki:
* Ya, adik-adik, buanglah nama kalian. Itu perangkap penguasa kapitalis!
** Ini sikap keji, adik-adik. Kerana tanpa kolektif, kita seumpama, monyet-monyet berpeleseran dipandu nafsu serakah.
*** Kan dah cakap. Orang kapitalislah yang mencipta cinta dan liberalisme dan pistol. Ingat adik-adik, kapitalisma hanya akan berakhir dengan air mata dan otak terburai di atas bumi.

Tragedi Bibot, Beruang Tedi Bersepatu Merah Jambu yang Pandai Menari
"Anak-anak, mari dekat pada pakcik," kata Mimos berwajah grotesk itu. Lili dan dan kawannya Surihani mendekat Mimos itu. Tapi tak terlalu dekat, kerana mereka ingat pesan ibu mereka: "Jangan kamu dekati orang miskin, kerana mereka kotor dan jahat."
Lili dan Surihani berdiri beberapa tapak dari Mimos itu, di kaki lima tempat karnival burlesk itu sedang diadakan. Suasana rancak dan kacau, dan kalau Bakhtin ada di sini, pasti dia tersenyum puas.
"Anak-anak," kata Mimos itu, memulakan cerita. "Pernah dengar tentang Bibot, si Beruang Tedi Bersepatu Merah Jambu yang pandai menari?"
"Tidak, pakcik miskin dan kotor." Kata Lili. Dibandingkan dengan Surihani, Lili lebih berani. Surihani diam, dan cuma menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Anak-anak," sambung Mimos itu lagi, meninggikan suaranya, kerana orkestra Grand Guignol sedang berlalu di belakang mereka sambil memainkan lagu asmara antara yang kudus dan yang kotor. "Bibot lahir di Peranchis. Lebih tepat lagi di Poiters, pada 15 Oktober, 1926. Bibot lahir dalam keadaan yang dhaif sekali, Kulitnya dibuat dari pelepah pohon palma terbuang, isi dalamnya, kekabu di kawasan pelupusan sampah. Yang ada padanya, yang bersinar pada dirinya hanyalah sepatunya. Yang berwarna Merah Jambu dan berkilat-kilat laksana bintang ke-7."
"Jadi Bibot boleh cakap Peranchislah, pakcik?" Surihani tiba-tiba bersuara. Surihani, meski masih kecil, sudah memilih gaya hidup Frankofil; jadi segalanya yang Peranchis, akan buat matanya dua kali lebih bundar, dan kalau tidak dijaga, boleh buat air liurnya meleleh di tepi bibir.
"Boleh nak. Tapi Pakcik tak boleh, jadi pakcik terpaksa ceritakan dalam Bahasa Melayu." Surihani, menjuihkan sedikit bibirnya. Nyata betul pesan ibu: orang miskin itu memang hina. Merde!
"Sewaktu kecil, Bibot hidup melarat. Ketika usianya 2 tahun, dia dikerah bekerja di tapak melombong arang oleh penciptanya. Bayangkanlah anak-anak, beruang tedi comel yang bersepatu merah, terpaksa membanting tulang di tapak melombong arang!"
Mata Lili dan Surihani sedikit bergenang, membayangkan hidup Bibot yang melarat itu. Tapi mereka tak menangis. Mereka perempuan yang kuat. Perempuan kuat tak menangis.
"Tapi betapa hitamnya arang - dan arang memang hitam, anak-anak - dan betapa sukarnya kerja Bibot, satu saja tidak berubah: Sepatu merah jambunya tidak pernah hilang kilatnya. Melihat sepatut itu buat ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik jatuh hati pada Bibot dan memberi dia makan, roti hitam yang mereka bawa sebagai bekal yang di sapu jam dengan cepat dan padat. Tidak seharipun sewaktu dia bekerja di tapak lombong arang itu Bibot pulang dengan kelaparan. Tidak sekali pun."
"Satu hari, tatkala pulang dari bekerja, Bibot melintas sebuah studio tarian. Hairan, dia melekapkan mukanya ke cermin studio itu dan selama empat jam berterusan, dan tanpa berkelip-kelip Bibot melihat pelbagai jenis tarian dibikin di situ: anak-anak comel berpusing-pusing seperti angsa mabuk membikin ballet, orang tua kutuk tak sedar diri cuba menari tango, pasangan kaya yang masing-masing berselingkuh secara rahsia menari ballroom, waltz oleh dua orang gei yang mabuk, polka oleh pakcik atas kerusi roda dan pelbagai lagi."
"Dan Bibot waktu itu tahu apa yang dia mahu buat. Inilah hidupnya."
"Aku mahu jadi penari, kata Bibot pada dirinya sendiri. Aku akan jadi Beruang Tedi Bersepatu Merah Jambu yang pandai menari."

Thursday, June 11, 2009
Bintang Jatuh
Minggu lepas, ketika sedang berbasikal riang pulang dari sawah, Asmawi nampak sebutir bintang jatuh dari langit terus ke atap Orang Kaya Deraman.
Biasanya, bila bintang jatuh di kampung W, semua orang akan datang berkumpul dan berkenduri, kerana ia membawa tuah pada sesiapa saja yang memilikinya, tapi kali ini seluruh kampung kaget kerana Orang Kaya Deraman seorang yang bakhil dan...
"Anti sosial" kata Wak Dol, penyair no 1 kampung itu. Wak Dol sudah berkira-kira kata, mahu membikin syair epik untuk peristiwa yang bakal mendatang.
Asmawi masih lagi berbasikal waktu ini.
Di hujung kampung W, keluarga miskin Ahmad Dhani yang sedang menyembelih tikus-tikus yang mereka tangkap beberapa jam tadi, tiba-tiba terhenti, dan memandang ke langit bila mereka nampak satu demi satu bintang jatuh ke atap Orang Kaya Deraman, tiap satunya diiringi letupan yang maha dahsyat.
Asmawi kini sudah sampai ke simpang kampung W, yang menjadi tapak epifani ramai warga Kampung W. Minggu lepas saja, En Aziz, guru besar sekolah rendah kampung W, tiba di simpang ini lalu terus, tanpa ada muzik latar, atau insiden dramatik, bergegas ke rumah Leha cantik untuk meminangnya menjadi isteri ke-4 beliau (peminangannya ditolak, syukurlah. Tapi malam tu, En Aziz dan Leha kahwin lari, er tak berapa syukurlah...). Tapi Asmawi yang berhenti seketika, untuk mengelap peluh jantan yang berputik di lehernya, tak merasa sentuhan apa-apa, iblis atau malaikat, lalu dia meneruskan perjalanannya.
Sesampai Asmawi di perkarangan rumah Orang Kaya Deraman, dilihatnya sudah ramai orang berkerumun di luar pagar. Dia terus menyelit-nyelit (dan di waktu yang sama menggesel-gesel, ow! tergesel Tok Siak pula!) orang ramai yang sudah berkumpul itu. Apa yang dia lihat adalah apa yang Aristotle panggil satu spektakel:
Orang Kaya Deraman, dengan sepucuk senapang patah di tangan, dan ditemani orang suruhannya, Hemsem Tom, sedang menembak bintang. Orang Kaya Deraman menembak, dan Hemsem Tom pula mengutip bintang-bintang yang bertaburan jatuh di dalam bakul yang sederhana besar.

Memancing Astronot Ilham (WIP ver 01.)
Matahari di ubun-ubun kepala, dan Salim, beroleng-oleng dalam sampannya, terpaku di depan seorang Astronot.
Katanya dia Astronot Ilham.
+ + +
Awal lagi, Salim sudah bangun, menyiapkan segala keperluan pancingnya. Dia mahu ke Tasik Batang Melukut, memancing. Tasik itu tak jauh dari rumahnya, mungkin dua belas batu, tapi Salim tahu dia perlu ke sana awal. Kalau tidak tentu habis sampan sewa. Kalau tidak habis sesak tasik. Sejak akhir-akhir ni, ramai sangat orang tahu tentang kewujudan Tasik Batang Melukut. Ramai orang tahu betapa banyaknya ikan di Tasik Batang Melukut.
Salim sudah lama memancing di Batang Melukut. Tapi dia pemancing yang mesra alam. Dia tangkap cukup-cukup untuk makan, dan kalau terlebih akan dibuang kembali dalam tasik. Meski begitu, Salim tahu, hobinya destruktif, dan lambat laun dia akan dapat balasan karma dari alam. Jadi tiap minggu dia kitar semula botol-botol, akhbar, puntung rokok, selipar buruk, beg plastik, topeng hantu, dan apa jua yang termampu dengan harapan semoga, satu masa nanti di masa depan, bila alam melampiaskan amarahnya, dia akan dimaafkan.
Malang sekali, orang ramai yang datang memancing di Batang Melukut, yang semuanya datang dengan pacuan 4 roda, dan kail lebih sejengkal, tak pernah peduli akan semua itu. Semuanya memancing dipandukan nafsu serakah. Malah, kadang-kala ada juga yang datang dengan pukat tunda! Ya!
Salim pernah cuba tahan mereka sekali, tapi habis dikeronyok hingga dua batang giginya hilang dan sampai sekarang dia masih berjalan terhencot-hencot seakan anjing yang cuba menahan kencingnya.
Akhirnya dia memilih untuk datang awal, dan pulang awal, mengelak dari bajingan-bajingan lain itu yang selalunya datang lewat, dan pulang lewat. Seperti keretapi mel malam, mereka berselisih, tapi tak akan bertemu.
+ + +
Terpesona Salim, dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, dan awan gemawan yang bergerak lesu. Pancing ditangan, tapi kepalanya di udara. Inilah yang dicarinya. Bukan ikan, atau pergelutan dengan pancing, tapi waktu kosong antara ada tangkapan atau tidak. Waktu sifar di mana dunia umpama tidak disentuh tamadun lagi.
Di atas sampannya seekor Talapia* sederhana besar. Cuma seekor lagi, ikan, kata Salim, dan dia boleh pulang, lalu membotolkan memori hari ini dan menyimpannya dalam almari, untuk bekal hari tua nanti.
Salim mengangkat pancingnya, dan menghayun, tapi belum sampai lagi ke tasik, ia sudah tersangkut. Ia sudah tersangkut di awan! Ah! Kata Salim. Sudah tersangkut di awan pula. Salim menarik pancingnya perlahan-lahan, menarik awan itu cermat-cermat kerana tak mahu pancing terputus atau awan merekah: umpama tarik benang dalam tepung layaknya.
Tapi, bila awan itu sudah sampai ke parasnya, alangkah hairannya Salim bila melihat seorang Astronot berpakaian lengkap berdiri di atasnya bercekak pinggang.
Astronot itu melompat dari awannya, lalu naik ke atas sampan Salim, membuatnya bergoncang, dan nyaris lagi Salim hilang keseimbangan!
Astronot itu membuka keledarnya perlahan-lahan, dan ah! tersasar tekaan Salim, kerana rupa-supanya dia bukan seorang astronot, tapi seorang astronotwati! Dan Ya Tuhan, betapa mulus dan indahnya paras Astronot itu hingga membuatkan Salim terpana, dan tersipu-sipu laksana seekor monyet yang baru mencuri jambu.
Hai, kata astronotwati itu. Nama saya Nurhidayah. Saya astronot ilham.

Tuesday, June 9, 2009
Perempuan Kaki Panjang Penggoda (sebuah roman à clef)

Satu hari, perempuan kaki panjang penggoda berjalan di kaki lima, seperti biasa menggoda orang yang lalu lalang dengan kakinya yang panjang.
Wowow, kaki awak sungguh panjang, kata En Amat, peniaga rambutan. Boleh saya minta nombor telefon? Perempuan kaki panjang penggoda, dengan kasualnya mengeluarkan sebilah pisau dan memotong dada En Amat, mengeluarkan hatinya, lalu mengunyahnya lumat-lumat sebelum diludahkan ke dalam longkang.
"Ini En Amat, ini saya sudah jimatkan masa En Amat," kata perempuan kaki panjang penggoda itu.
En Amat hanya mampu tersenyum pahit. Malam ini pasti dia akan mendengar lagu Spin, Scoin dan Scan sambil berkaraoke bersama.
Orang ramai yang lalu-lalang menggeleng-gelengkan kepala, sambil berbisik sesama sendiri, 'itulah padahnya cuba bercinta dengan perempuan kaki panjang penggoda'.
Hari itu, hari Isnin, agaknya, dan matahari sudah sumbing. Di latar, Kuala Lumpur sedang terbakar. Cinta dan kasih sayang melata umpama tikus-tikus pembawa wabak infeksi yang menjangkiti semua yang ada. Di flat berhampiran kedengaran lagu Kill-kill-kill oleh The Pierces.
Meow.
Well you could wash my brain
You could tear out my heart
But I would never forget you
(never)
You could change my name
I could make a new start
But I would never forget you
(ever)
And it's Kill Kill.. Killin' me
It's Kill Kill. Killin' me
That I'm still in love with you
Après moi, le deluge
Kipas angin di atas kepala kami berputar. Menggenggam udara panas dan menghembus.
Dia duduk di atas sofa, memegang buku Dave Eggers.
Kami tak bercakap.
Dia tak memandang aku.
Cuma bila dia dengar klik kamera, dia menoleh, wajahnya dipegun dipapar, dan mula dihakis dari akal.
Ada tuduhan yang dia tinggal terawang di udara. Lalu naik ke langit dan hilang dalam cakerawala.
Saat itu, yang aku ingat, hanyalah memori dari mesin, Yang dilakar dalam kotak LCD 3.2 inci. Segala yang lain, fragrannya, tekstur kulitnya pada lidah aku, ketawanya yang kadang-kadang nyaring, semakin saat semakin pudar. Seperti puing ditimbun pasir gurun.
Aku ambil gambar untuk melupakan dia.
Yang lain cuma invention cerita.

Monday, June 8, 2009
Luka Lagi
Pagi tadi, tika subuh menyinsing, melirik hari baru, dan awan-gemawan membelah, membuka ruang untuk matahari memancarkan sinar rahmatnya, Syamil rasa sayu, lalu terus menangis tatkala sedang menggosok giginya.
Sejak akhir-akhir ni, segalanya dalam dunia ni buat Syamil rasa seperti ulu jantungnya diiris-iris pisau berkarat. Segalanya buat Syamil rasa sayu. Dan mahu menangis.
Ia bermula dengan titisan air di sinki, Selasa lepas (hari ini hari Jumaat). Waktu itu Syamil baru pulang dari kerja. Syamil pulang awal kerana malam ini dia mahu menonton Terminator: Salvation (nota: sucks). Jadi dia mahu menyediakan dirinya dengan menonton 3 lagi filem Terminator lain. Tiba di filem kedua, dalam kacau bilau adegan lawan T-800 dan T-1000, Syamil terdengar dari ekor telinganya, satu bunyi:
Tik...Tik...Tik...Tik...
Dari dapur. Bunyi itu datang dari dapur. Dari sinki. Titisan air dari sinki.
Lalu Syamil bangun dan melangkah ke dapur. Dua tapak kemudian, Syamil rasa titisan itu umpama petikan piano Variasi Goldberg oleh Glenn Gould di kala hujan, di hening malam, tanpa ada orang meneman. Dan ini, buat dia rasa terlalu sayu, hingga di tapak ketiga, air mata mula mengalir di pipinya. Semakin deras dan semakin deras.
Dan dari waktu itu, air mata dan rasa sayu menjadi seperti satu infeksi. Segalanya dalam dunia ni buat Syamil rasa seperti ulu jantungnya diiris-iris pisau berkarat. Segalanya buat Syamil rasa sayu. Dan mahu menangis.
Buka pagar rumah untuk masukkan kereta: Menangis.
Membeli majalah fotografi kegemarannya di MPH: Menangis.
Makan Maggi goreng yang tak sedap di restoren mamak: Menangis.
Syamil syak dirinya sudah jatuh cinta. Tapi jatuh cinta dengan siapa? Bila? Lalu Syamil memutar ingatannya ke waktu sifar, yakni waktu dia mendengar titisan hujan itu (dan menangis) dan memulakan kaji selidiknya dari situ.
Ah! Baru Syamil teringat. Orang terakhir dia ketemu, ialah Qasih. Rakan sekubikelnya.Dua puluh tiga, berperawakan menarik, berbintang Leo (Kegemaran: membaca dan mengumpul stem).
Qasih... Syamil fikir.
Apakah aku...jatuh cinta...padamu...Qasih?
Masih terngiang-ngiang lagi konversasi mereka berdua di waktu itu.
'Sih, gua nak balik cepat le. Nak tengok Terminator.'
'Palat le lu. Habis tu sapa nak habiskan kerja ni, sial?'
'Lu settle le. Boleh, lah.
'Sori. Gua banyak kerja hari ni'
Sungguh tak romantik, fikir Syamil. Tapi tak semua mahligai cinta dibina atas bual-bual afrodite, Kan? Entah-entah Mumtaj dan Shah Jehan pun jatuh cinta masa beli minyak masak.
'Lu silap, Mil'
Suara itu mengejutkan Syamil dari Qanun Keseksaan Seksyen 377C antara dia dan Qasih.
Syamil pandang kiri. Syamil pandang kanan.
'Di depanlah, gemuk.'
Syamil pandang depan.
Sejenis... benda.... Berbadan seperti cengkerik, dan berkepala seperti budak.
'Sebenarnya gua yang buat lu rasa sedih, pilu, dan mahu nangis-nangis.'
Cengkadak. Itu saja yang boleh Syamil fikirkan. Ini sejenis cengkadak.
'Hai, nama gua Bob.'
'Hai, kata Syamil. Nama gua Syamil.'

Sunday, June 7, 2009
Siapa Yang Mahu Mengetuk Pintu Hatiku?
'Doc,' kata Awang kepada doktor yang sibuk menulis preskripsi untuk teman penagihnya yang cun. 'Gua ada masalah.' Doc Yusmadi, mengangkat kepalanya. 'Sudah hampir lima tahun, tak ada siapa pun mengetuk pintu hati gua'. Doc Yusmadi mencarik kertas preskripsi dan menyerahkannya pada teman penagihnya yang cun.
Teman penagihnya yang cun melangkah pergi lalu keluar terus dari cerita dan hanya akan kembali di episod kedua.
'Kalau macam tu...' Doc Yusmadi termenung sejenak. Awang memandang kiri kanan. Langit mendung, macam biasa seperti mengisytiharkan kewujudannya dalam dunia. Meja-meja lain di gerai tu kosong, bersepah dengan bekas makanan tinggal.
Lalat menghurung.
Depresi mengancam.
'Kalau macam tu...' Doc Yusmadi menyambung, 'gua kena bedah lu, beb.'
'Malam ni boleh?' Tanya Awang, cuba untuk tak berbunyi desperat. Doc Yusmadi mengangguk. 'Tapi mahal sket.' 'Mahal berapa Doc? Gua bukan banyak sen.''Pasal lu member, gua kasik diskon istimewa. Lima belas ringgit.'
* * *
Kalau kita melihat penampilan Awang, kita mungkin tak sangka, lima tahun dulu, kekasihnya adalah seorang model kacukan Jerman. Larissa namanya. Ris, itu panggilan manja Awang padanya. Awang dulu tak selekeh macam hari ini, dan waktu tu dia main biola untuk kugiran kuasai-klasikal yang sekarang sangat top, Nikolas Van Kue (sempena nama filosuf itu, ya).
Tapi selepas Larissa tinggalkan Awang untuk penyanyi utama NVK, Awang langsung dibuang, dan kini merempat dan selekeh macam ni, bermain biola di majlis-majlis harijadi kanak-kanak. Selalunya bergandingan dengan Bibot, beruang tedi bersepatu merah jambu yang menari waltz.
[Nasib Bibot sebenarnya lebih tragis, dan tak perlulah kita panjang-panjangkan di sini, cuma cukuplah untuk kita katakan, wahai pembaca budiman, 'Kalau Engkau Beruang Tedi, Jauhkan Diri Dari Api, Literal dan Simbolik'. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan Bibot, ya?]
* * *
Malam itu, setelah Awang dibius, Doc Yusmadi mengambil skalpel #3 dan mula memotong cermat-cermat. Lima belas minit dia bekerja, begitu teliti dan berkeyakinan, hinggalah dia sampai ke organ yang dicari-cari: Pintu Hati Awang. Pintu itu nampak kusam dan berlumut, tapi masih teguh. Jadi apa masalahnya, fikir Doc Yusmadi. Kenapa tiada siapa mahu mengetuk pintu hati kawanku ini?
Doc Yusmadi menyalakan lampu betul-betul di atas pintu itu, dan mengambil tukul #12. Tapi sebelum dia sempat berbuat apa-apa, Pintu Hati Awang terbuka dan satu suara yang halus tapi seksi keluar dari dalamnya.
'Apa yang awak mahu buat tu?'
Dan dari Pintu Hati Awang itu keluar seorang perempuan mini. Tingginya dalam 12cm. Berperawakan menarik dan berbintang Leo wanita mini itu hobinya mengumpul stem dan membaca. Maklumat ini, Doc Yusmadi tahu dua jam kemudian selepas dia selesai bercumbuan dengan wanita itu.
Tapi waktu ini, yang nyata bagi Doc Yusmadi ialah, ini mungkin sebab mengapa Pintu Hati Awang tidak diketuk lagi.

Envelop Cinta untuk Qasih
Qasih dapat envelop itu awal pagi tadi. Berukuran 9x6. Warna putih. Di depannya tertulis 'CINTA UNTUK QASiH'.Qasih memang menyangka akan dapat sesuatu. Tapi envelop cinta untuk dirinya adalah mungkin nombor #114 dalam senarainya (yang # 1 ialah Airil dalam pakaian harijadi dengan reben warna merah di situ)
Dua puluh tiga, berperawakan menarik, berbintang Leo (Kegemaran: membaca dan mengumpul stem), hidup Qasih terlalu ordinari. Bangun pagi sarapan pergi kerja rehat pulang kerja makan malam tidur (ya, dan solat di antaranya tidak pernah dilupakan, wahai pembaca budiman). Qasih hidup kerana momentum, dan bukan atas kehendak dirinya lagi.
Kadang-kadang dia rasa seperti bola pinball, yang menunggu saat lolos dalam lubang.
Selalunya dia rasa begini bila di dalam kereta, tatkala manusia pagi, seperti korus dalam tragedi Yunani, dalam harmoni menyumpah apa yang di depan mereka, yang memperlahankan kereta mereka dalam perjalanan pergi kerja.
Lalu berlaku satu hari itu.
Di kaki lima dekat pejabatnya, sebelum dia melangkah lapan belas anak tangga naik ke neraka sisifusnya, dia ditegur seorang perempuan tua. Perempuan tua itu duduk di kaki lima, di depannya gebar, atau tikar atau entah apa, melapik keropok yang dia jual.
'Keropok, nak.'
Qasih, sebelum ini, sebagai anggota kaum urban yang moden, tidak pernah melayan bahan-bahan segera dari jalan. Tidak kiralah kalau ia keropok, jam tangan, parfum, atau apa saja, asal ia dari jalan, tentu Qasih takkan melayan.
'Tak haigenik,' kata Qasih seperti kakak tua mengulang pengetahuan yang entah benar, entah tidak yang dikongsi kolektif kaumnya. Dapi jauh di sudut hati kecil comelnya (semasa kecil, datuknya pernah menggelarnya si hati comel tapi dia pun sudah lupa kenapa), Qasih kadangkala terasa mahu mencuba sajian di jalan itu. Mungkin kerana naluri manusia yang suka memegang api biar tahu ia hangat dan membakar.
Jadi, kali itu, nalurinya seperti tak tertahan mendorong dia membeli sebungkus keropok, yang cepat-cepat disembunyikan dalam tas tangan besarnya.
Di waktu rehat hari itu, Qasih menolak semua pelawaan makan tengahari, meski dari Airil lelaki yang buat hatinya mahu pop pop pop bila dia lalu di depan kubikel Qasih. Qasih masih belum dapat memafkan Airil yang berkata 'I rasa you macam kakak I'. Mahu saja Qasih jawab 'Baguslah. I suka sumbang mahram', tapi didiamkan pedih hatinya itu.
Qasih buka perlahan-lahan bungkusan itu. Di dalamnya ada satu gumpalan kertas kecil (yang diletak di tepi mug PAKATAN RAKYAT BOHONGnya), dan keropok-keropok yang...
sungguh dajjal rasanya.
Itu yang Qasih rasa. Kalau dajjal itu dibungkus, dan dijual seperti keropok, inilah agaknya rasanya.
Kecewa, mata Qasih tertancap ke arah gumpalan kertas kecil itu. Dia buka gumpalan itu, cermat-cermat, perlahan-lahan dan di atasnya tertulis:
"Tahniah Qasih, kamu telah menang 1 (satu) Cinta"
* * *
Lalu kita kembali ke hari ini, dengan Qasih dan envelop cintanya. Perlahan-lahan, tapi cermat Qasih membuka envelop itu dan yang ditemuinya:
Sehelai guntingan (cut-out) manusia. Lelaki. Berpakaian Baju Melayu lengkap, dengan songkok.
Sebelum Qasih boleh menyumpah nasibnya, guntingan itu bersuara, seperti animasi dulu-dulu. Guntingan itu berkata:
(bersambung)

Saturday, June 6, 2009
Teori Matematika
...lalu dia kata pada dirinya. Sepuluh. Aku akan kira hingga 10. Dan aku mahu, Tuhan, dia muncul di depanku. Aku tak kira rama-rama di benua mana harus Kau sentuh untuk nyatakan dia di depanku. Aku cuma mahu dia ada di depanku hingga kiraan ke-sepuluh.
Dan dia menarik nafas panjang-panjang.
Dan dia tutup matanya kemas-kemas hingga sebilat cahaya pun tak dapat menembusi.
Dan dia mula mengira.
Satu.
Dua.
Tiga.
Empat.
Lima.
[Apakah itu tapak kasut tumit tinggi yang dia dengar. Kasut yang suka dipakainya Si Sofea? Tapi dia tak membuka matanya lagi]
Enam.
[Apakah itu parfum Si Sofea yang menusuk hidungnya? Tapi dia tak membuka matanya lagi]
Tujuh.
Lapan.
[Ada seperti sesuatu menyentuh pipinya. Kilas saja. Terlalu kilas.Tapi dia tak membuka matanya lagi]
Sembilan.
Sepuluh.
Dia tak mahu membuka matanya. Dia tak perlu membuka matanya. Kerana dia tahu Sofia sudah dijelmakan di hadapan dirinya.
Dia tahu.
Lalu dia gapai garfu yang ada di atas mejanya, teraba-raba sebentar dan...

Friday, June 5, 2009
Cinta Itu Langgar Lari
Ismadi dilanggar dan jatuh cinta pada hari yang sama.
Bukanlah sesuatu yang pelik. Kerana kedua-duanya berkaitan. Ismadi jatuh cinta pada pemandu kereta yang melanggarnya (dan kemudian lari).
Hari itu hari Isnin, dan jiwa Ismadi tenang. Pagi bermula dengan kicauan trafik. Jerit pekik, ibu dan anak yang bersiap ke sekolah. Dan langit yang sangat cerah hingga mungkin, kalau kita kecilkan apertur mata, kita mungkin akan nampak sampai ke infiniti.
Ismadi bangun pagi hari tu. Ada temuduga kerja, setelah 3 bulan menganggur. Bersiap kemas dengan tali leher, segala kertas dan testimoni yang relevan di dalam fail.
Tiada apa yang luar biasa tentang hidupnya setakat ini.
Selesai minum kopi, yang mungkin sedikit pahit, tapi whateverlah, Ismadi turun perlahan-lahan dari apartmen lima tingkatnya. Dia masih awal. Tak perlu tergesa-gesa hingga berpeluh celah ketiak dan mengeluarkan odor yang tak menyenangkan.
Tempat temuduga Ismadi tak jauh. Mungkin... satu kilometer dari rumahnya? Atau mungkin lebih sedikit. Tak cukup jauh untuk berbaloi naik teksi, atau bas. Lalu Ismail putuskan untuk berjalan saja.
Waktu itu cinta adalah perkara yang terakhir di kepala Ismadi.
Dan mungkin kerana itulah, kerana tak mendengar ramalan kaji cinta (hi hi) pagi itu, Ismadi dilanggar sebuah kereta dan jatuh cinta tanpa dia sempat bersedia.
Yang Ismadi ingat cuma satu. Bayang-bayang seorang perempuan berkebaya dari balik cermin 70% tint. Dia terkilas bayang itu sedang dirinya melambung tinggi dilanggar kereta perempuan itu. Kemudian tubuh Ismadi jatuh bersama dengan hatinya (Aduh).
Sedar-sedar, dia di dalam hospital, di kelilingi beberapa orang doktor yang sedang teruja tentang sesuatu.
Yang diingat Ismadi, waktu itu, sebelum dia pengsan kembali ialah 'Tahniah', dan dia kembali ke dalam lubuk ketidaksedaran, dan nousnya hilang dengan satu pertanyaan, 'Tahniah kerana dilanggar kereta? Pelik sungguh sikap doktor di sini.'
Apa yang Ismadi tak tahu, dan hanya akan tahu keesokkan harinya bila dia sudah sedar sepenihnya ialah dia hanya sedar kembali selepas 10 (sepuluh saja) tahun koma.
Tapi bila maklumat itu sudah ada, cuma satu saja jawapan yang dia mahu tahu: bagaimana dia mahu bertemu perempuan berkebaya yang melanggarnya sepuluh tahun lalu?
(Bersambung)

Wednesday, June 3, 2009
Duka si Nestapa, Itik yang Comel (Sebuah cerita pari-pari untuk anak-anak yang tak mahu mandi)
Nestapa, sang itik yang comel, berjalan terkedek-kedek pulang dari pasar membawa bakul penuh dengan sayur-sayuran. Sampai ke jambatan berhampiran woksyop Pak Malau Kajang Berlipat, Nestapa terlihat seekor serigala yang maha besar dan maha garang sedang bersantai malas betul-betul di tengah jambatan itu.
Di kelilingnya tulang-temulang banyak jenis binatang: ada tulang kuda belang, yang tersesat dari savannah, ada tulang kerbau yang baru lepas melanggar pagar, ada tulang kucing yang masih tinggal ekor gebunya, ada tulang merpati yang patah cinta, ada tulang ayam serama yang sesat jalan, ada tulang ikan salmon, yang tak sempat menjadi sashimi, ada tulang Ning Baizura, pelbagai jenis lagi tulang haiwan yang eksotik, separa-eksotik, dan tidak esotik langsung.
Serigala yang maha garang itu sedang menyedut dan menghembus sepuntung rokok, dan kelihatan sangat puas, seperti dunia ini tiramnya, dan dalam tiram itu ada biji-biji mutiara yang sudah matang dan amat berharga.
Nestapa mahu lari, tapi dirinya sudah dikekang mata bernafsu sang serigala yang maha garang-dan maha ganas itu. Jadi, mahu tidak mahu, dia melangkah perlahan-lahan ke arah jambatan itu.
Sesampai dia ke bibir jambatan itu, yang kini sudah tidak lagi mungil dan mengghairahkan, halwa telinga Nestapa dikejutkan oleh bunyi yang amat menggerunkan.
'Hai Nestapa.' Kata suara yang menggerunkan itu.
Nestapa hanya menelan air liur.
'Balik dari pasar Nestapa?' Sambung suara itu, menyatakan apa yang sudah jelas pada sesiapa yang ada mata.
Nestapa diam lagi.
'Apa yang kamu beli Nestapa?'
Dengan kepak yang terketar-ketar, Nestapa keluarkan sayur-sayur yang dia beli. Satu demi satu. Ada sayur bayam. Ada sayur kangsung. Ada seleri. Ada kacang buncis.
'Banyak kamu membeli-belah, Nestapa.'
Nestapa hanya angguk.
'Kamu ada kenduri ke Nestapa?'
Nestapa menggeleng-geleng kepalanya hingga hampir terputus urat lehernya.
'Kamu jangan menipu Nestapa. Kamu ada kenduri, dan kamu tak jemput aku, Nestapa.'
Nestapa terus menggeleng dengan ganas.
'Lancang sungguh sikap kamu nestapa. Kamu kencing atas kasut aku dan kamu kata itu air hujan rahmat, ya?'
Nestapa terus menggeleng.
'Kamu tahu apa aku buat dengan orang yang bersikap lancang, Nestapa?'
Sang serigala yang maha garang itu bangun perlahan-lahan dari kerusi santainya.

Tuesday, June 2, 2009
Ah! Ini Rasa Yang Paling Dalam
Ah! Kali ini aku betul-betul jatuh cinta dengan bidadari di langit ketiga. Tapi aku tahu cinta ini takkan berakhir dengan baik. Jadi aku cuba jauhkan diri. Aku cuba lari jauh-jauh.
Tapi si bidadari lompat ke langit kedua. Dan dia lontar kerikil-kerikil kecil atas kepalaku. Aku cuba lari jauh lagi, tapi dia lompat ke langit pertama dan dia lontar lagi kerikil-kerikil kecil.
Lalu aku tanya kenapa?
Dia hanya ketawa penuh ambigu.
Dan aku cuba lagi lari dan lari. Dan dia masih melontar kerikil, dari langit ketiga, kedua dan pertama.
Akhirnya aku tarik dia dari langit pertama - habis bertaburan kerikil-kerikil kecil yang mahu dilontarnya - dan aku tanya kenapa?
Katanya, kerana sudah disuratkan kamu akan jatuh cinta kepada aku, sang bidadari. Lalu dia bukakan sayapnya dan dia terbang tinggi-tinggi, menolak langit satu, dua, tiga, empat, lima, enam, dan akhirnya tujuh ketepi hingga terbukanya sang matahari yang membakar aku menjadi abu yang ditiup ke empat penjuru dunia.
Sudah kukatakan ini takkan berakhir dengan baik...

Subscribe to:
Posts (Atom)