Sejak akhir-akhir ini dia dingin.
Menyentuhnya macam menyentuh ais. Bila dia berjalan, dia tinggalkan lopaklopak kecil yang menyusuri kakinya.
Dan katanya, bila dia sentuh perkakasan elektrik, semuanya akan terbakar. Lalu rosak.
Kerana itu dia tak telefon aku lagi.
Kerana itu dia tak teks aku lagi.
Katanya dia sudah tak keluar rumah lagi.
katanya dia sudah tak mahu jumpa sesiapa.
Itu yang dia cakap pada aku kali akhir aku jumpa dia.
Tapi.
Hari itu, ketika aku memandu melintas rumahnya, aku ternampak sebuah kereta berhenti, lalu masuk ke pocnya. M- ada dengan aku waktu itu. Tak percaya tanya M-.
Lalu aku berhenti, tak jauh dari situ, dan aku dan M- duduk di dalam kereta menunggu. Menunggu dan melihat apa yang akan terjadi.
Dan dari dalam kereta itu keluar, Ya Allah, kau tahu siapa?
Matahari.
Ya, Matahari.
Ya benda yang menerangi dunia ini.
Ya, yang berada di atas langit melihat segalanya dari kemuncak itu.
Matahari.
Dan waktu itu aku fikir, kalau itulah pilihannya, apa lagi aku boleh buat. Fuck, matahari. Siapa boleh bersaing dengan matahari.
Lalu aku hidupkan kereta dan aku berlalu pergi.
Aku agak dia sudah tak dingin lagi.
Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Friday, July 24, 2009
Thursday, July 23, 2009
Gangguan
... dan dia kata, tiap kali ada gangguan pada radio, hatinya akan bergetar, dan darahnya akan menyirap, lalu dia capai telefon, dan dalam detik antara saat ke saat, sementara nafasnya tersekat, dia akan tutup matanya, dan dia akan bayangkan dirinya Schrödinger yang menyumbatkan kucing ke dalam mikrowav.
Dia kata dia mahu waktu ini pegun di antara ya dan tidak, kerana masih ada kemungkinan yang dia akan terima teks dari aku.
Terima kasih, psycho, aku kata. Terima kasih kerana menipu aku. Dan dia senyum dan dia kembali bercerita tentang bintang-bintang.
Tapi itu dulu.

Tiga Ekor Rama-Rama Plastik Yang Anak Saudaraku Pakai di Rambut Share
Ada tiga ekor di atas meja di ruang tamu. Halus, berwarna warni. Tiap satu sebesar ibu jari. Kau lihat dan kau tentu akan tersenyum.
Satu hari, seekor disambar kucing dan ditelan. Kucing itu lari sembilan tapak, kemudian jatuh bergolek, berbuih mulut dan muntah darah. Rama-rama itu ditanam bersama kucing, di depan rumah di bayangi pokok betik.
Yang kedua disambar vakum.
Yang ketiga, aku nampak, satu hari tu, cuba terbang keluar, tapi tingkap kaca tertutup rapat, lalu dia melanggarnya, dan ia jatuh, kepak patah, terus ke lantai. Aku cuba mahu kutip, tapi ia dah hilang. Yang tinggal hanya cebis-cebis sayapnya yang berwarna warni.
Tiga ekor rama-rama plastik yang anak saudaraku pakai di rambutnya.

Sunday, July 19, 2009
Dia kata
Dia kata, satu hari tu, kami dalam kereta, dia kata dia takut bila dia tak bercakap.
Aku diam, macam biasa.
Dan dia kata, ada sesuatu yang opresif tentang kesunyian. Dia tanya aku, pernah tak sedar, waktu elektrik terputus, waktu yang menurutinya - tak panjang, mungkin satu saat, mungkin dua saat - adalah satu sunyi yang maha besar.
Aku diam, macam biasa.
Waktu itu, katanya, waktu itu, dia rasa macam mahu hilang dari kewujudan, mahu lohong kesunyian itu telan dia.
Aku diam, macam biasa.
Di simpang ada seorang gila sedang merobek-robek peti sampah. Kereta di sebelah kiri, cuba mengelak anjing yang mahu melintas.
Aku baru sedar ada seekor lalat dalam kereta.
Ada seekor lalat dalam kereta.

Saturday, July 18, 2009
Perempuan Berbaju Putih, Aku Sudah Edan.
Entah apa celakanya. Waktu perempuan itu melangkah masuk, berbaju putih, konstelasi yang membayangi aku bersilang (ah! berlanggar lebih tepat lagi!) dengan Venus.
Lalu, aku jadi edan, wahai perempuan berbaju putih.
Aku belah dadaku, dan aku lihat dalam real-time ia luluh perlahan-lahan, dikonsumpsi bahangnya sendiri.Ia luluh, dan jadi arang dan jadi abu lalu ia terbang terus masuk ke tas tangan perempuan itu!
Tapi perempuan berbaju putih itu memandang terus tak menoleh langsung pada aku.
Ah, memang celaka, celaka, celaka.
Perempuan berbaju putih itu duduk di sebelah aku, dan membetulkan rambutnya, dan gerak kasualnya itu buat nafasku terus lenyap bermunajat ke langit. Kalau tidak kerana bantuan CPR seorang samaritan berhampiran, sudah melayang nyawa ku sekali (dan oh, betapa epiknya kematian itu!).
Perempuan berbaju putih, kau buat aku terpaksa belajar bernafas kembali!
Perlukah aku cakap bila dia bersuara aku mahu seluruh dunia ini bisu kemudiannya?
Perlukah aku sebut, bila dia menoleh dan senyum padaku, orkestra dari langit turun bersusun di depan kami dan mendendangkan simfoni paling syahdu di dunia?
Perlukah aku lafaz, bila dia melangkah pergi, resonan harumannya buat sekalian unggas dan agas, bidadari dan malaikat, melutut, dan mengeluh?
Perempuan berbaju putih, kau buat aku edan.
Ah, celaka.

Friday, July 17, 2009
Yang Paling Khianat
...sekali tu, dalam perjalanan pulang, aku singgah di sebuah kedai kopi, mengharap untuk membunuh resah yang aku rasa tiap kali aku tinggalkan kau. Seekor lalat singgah di atas tanganku, dan aku kuisnya pergi, tapi ia datang lagi dan lagi, lalu hinggap di tempat yang sama. Kedai kopi itu penuh, tapi ia masih ke situ, masih hinggap di atas tangan aku, seperti mungkin ada nanah yang paling busuk membarah di situ. Lalat itu seakan menifestasi satu dendam, seperti dia tahu apa yang aku rasa pada kau. Lalat itu seperti tahu, bahawa yang paling khianat di dunia ini adalah hati.
Sunday, July 5, 2009
Gadis yang Hidup di Dalam Kotak Mancis
Agak lewat semalam, di depan restoren mamak di simpang tiga keluar ke Kuala Selangor aku terserempak lagi dengan gadis itu dengan seorang lelaki. Aku tak pernah tahu nama dia, tapi kata orang dia hidup di dalam kotak mancis.
Aku sangka itu satu metafora yang rumit, entah mungkin sebenarnya mereka mahu kata yang dia dikurung suami atau keluarga dan tak dibenarkan keluar atau apa sajalah, tapi sebenarnya tekaan aku itu meleset.
Kerana dia benar-benar hidup di dalam sebuah kotak mancis.
Di depan mata aku sendiri, aku nampak. Lelaki di sebelahnya membuka kotak mancis, membuang mancis-mancis di dalamnya, dan gadis itu, entah macam mana, melangkah masuk ke dalam kotak itu. Lelaki dengan kotak mancis itu nampak aku memandangnya, lalu menggamit aku ke arahnya.
Lalu aku melangkah ke arah lelaki itu.
Lebih mengejutkan dari hakikat yang ada gadis dalam kotak mancis yang dipegangnya, ialah betapa lelaki itu seperti begitu terdesak untuk memberikan aku kotak mancisnya itu.
Ok, mulanya dia mahu menjual kotak mancis itu.
Langsung, bila aku buat tak layan, dia serahkan kotak mancis itu pada aku dengan sampul tebal penuh berisi wang. Katanya dia sudah tak tahan.
Aku tak tahu apa yang dia tak tahan.
Entah kenapa aku ambil kotak itu, dan aku ambil sampul itu. Sampul aku letakkan ke dalam beg, dan kotak itu aku pegang.
Aku syak ini satu penipuan. Mungkin bila aku buka sampul nanti, yang ada hanya daun-daun kering dan di wang di dalam dompet aku pula hilang.
Aku tak tahu, kerana sampai sekarang aku masih belum periksa.
Aku lebih tertarik pada kotak itu, yang di dalamnya ada seorang gadis. Kononnya.
[bersambung]

Subscribe to:
Posts (Atom)