Dia melagukan hujan, tap tap tap, memerhati daun kering membuai. Di atas ribanya seekor kucing, yang dia usap, tanpa sedar. Kerusi plastik. Oh, belakangnya sakit. Sudah lama sakit?
Lantai masih panas, kesan hangat tadi, yang kini halimunan.
Dia cuba ingat, tapi dalam kepalanya seakan-akan ada semut-semut membawa lari segalanya.
Esok satu hari lagi. Esok satu hari lagi.
Dan dia fikir, dia sudah lama fikir, di galaksi lain, mungkin ada seorang dia lagi, yang duduk di atas kerus plastik melagukan hujan asid. Tap, tap, tap. Kalau mereka bertemu, pasti masing-masing akan mengalihkan pandangan.
Melihat ke lantai yang tadinya hangat. Kini halimunan.
Dia yakin, dan keyakinan ini adalah seekor kucing yang di atas ribanya yang dia usap. Satu hari nanti, kucing itu akan menggigit tangannya.
Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Thursday, December 17, 2009
Monday, December 14, 2009
Rekwim untuk Maryam
Pagi itu. Waktu kopi masih panas, dan di luar hujan renyai, sepucuk surat. Diselit si posmen yang membayangkan kepalanya dengan tangan, cuba menebak nombor rumah. Kabur kerana hujan, ah biasalah. Aku letak kopi ke sisi, lalu bangun keluar, masih berpelikat, memandang langit dan malangkah perlahan ke pagar.
Aku ambil surat itu.
Aku baca.
Aku letakkannya ke sisi, mengganti cawan kopi.
Aku hirup kopi perlahan-lahan.
Dan aku fikir satu nama.
Maryam.
Dan aku ingat waktu itu. Di depan gereja yang paling tinggi, aku duduk dibangku, membaca buku. Menunggu.
Maryam.
Berlagu, requiem æternam dona eis, Domine, et lux perpetua luceat eis.
Waktu berlalu dan dia keluar, serba hitam. Menoleh kiri-kanan, mencari aku. Dari bangku aku melambai-lambai. Tapi perhatiannya dialih oleh seorang perempuan berambut emas. Dan waktu itu aku fikir, betapa bertuahnya aku.

Wednesday, December 2, 2009
Sara (Work-in-progress)
Aku kata aku cuma boleh jatuh cinta pada perempuan bernama Sara. Dia tanya kenapa. Mulanya aku mahu cakap aku tak tahu. Mulanya aku mahu kata, itu sesuatu yang kita takkan tahu. Ia sudah tertulis dalam benang takdir kita. Mulanya itu yang aku mahu cakap pada dia. Aku pandang cawan kopi di atas meja. Aku lihat di luar. Hujan. Seorang lelaki berlari-lari dengan akhbar di kepala. Seorang perempuan membuka kasut tingginya dan berlari ke perhentian bas berbumbung. Kereta yang lalu lalng menjadi perlahan.
Lalu aku jelaskan padanya yang sebenar. Aku kata, sewaktu umur aku dua belas, ibubapa aku jual aku pada seorang ahli sains. Jangan marah pada mereka. Mereka miskin. BUkan itu yang mereka mahu. Sebelum mereka jual aku, mereka sudah jual anggota tubuh mereka. Kaki mereka. Isi tubuh mereka. Jantung. Buah pinggang. Usus. Hati. Limpa. Hingga mereka tinggal kepala dengan dua belah tangan di dalam kotak. Jalan mengesot-ngesot. Lalu mereka jual aku, dan mereka tinggalkan aku pada ahli sains itu.
Dia pandang aku seperti dia tak percaya. Matanya yang bundar menajam. Matanya coklat, itu yang aku ingat.
Aku sambung lagi. Ahli sains itu letakkan aku di dalam sebuah balang besar. Kemudian dia isi balang itu dengan gas berwarna hijau. Selepas lima minit aku keluar. Kemudian ahli sains itu - aku tak pernah tanya namanya - kata aku boleh pergi. Aku tanya pergi mana. Katanya ke mana saja. Tapi, katanya. Tapi apa, aku kata. Tapi, katanya, cuba jangan jumpa dengan perempuan bernama Sara. Kenapa aku tanya. Dia tak jawab. Dia tolak aku keluar dari makmalnya dan dia kunci pintu.
Sara yang pertama aku jumpa waktu umurkan dua puluh satu. Sara seorang ahli gusti perempuan. Rambutnya hitam, ikal mayang. Matanya sepet. Otot tangannya sebesar kepala aku. Pertama kali aku nampak dia, aku rasa seperti mahu muntah. Grotesk. Itu perkataan paling tepat untuknya. Tapi bila dia perkenalkan dirinya, bila dia sebut namanya: Sara, berlaku perubahan yang mendadak pada diri aku.
Aku jatuh cinta pada dia.
[Bersambung]

Subscribe to:
Posts (Atom)