Wednesday, January 13, 2010

Crt tk hbs

Waktu Din berhenti di tol ketiga dari kiri, dan waktu dia hulurkan kad touch n go serta wang RM50, berlaku sesuatu. Bila dia fikirkan kembali, dia sendiri masih samar. Rm30, katanya, pada penjaga tol itu; jumlah yang dia mahu isikan. Encik, kata gadis tol gate itu. Di belakangnya sudah ada dua tiga buah kereta berbaris. Sebelum saya kembalikan duit Encik ni, dengarlah cerita saya. Satu lagi kereta berhenti di belakang.

Sebenarnya, saya bukanlah seorang gadis tol gate. Saya sebenarnya seekor arnab yang telah disumpah menjadi gadis tol gate oleh seorang ahli sihir. Din cuma mengangguk, entah mendengar entah tidak. Resah mula memanjat ulu hatinya. Pemandu kereta di belakang nampak tak sabar, seperti ini semua salah Din.

Tidak, Din mahu cakap. Tidak, Din mahu menjerit. Ini bukan salah aku! Tapi hakikatnya, kereta dia yang di depan sekali.

8 comments:

draco_skull said...

i luv ur blog....and i write too....ur style is unique...my friend show me ur blog....i have my own blog.....just for fun...http://insanityofhomosapiens.blogspot.com/

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

arnab. kenapa bukan rusa atau bison?

Lelaki Autumn said...

dengar kerana terpaksa

puding roti said...

lebit! hoyeh!

Si Aizuddin said...

Sebab tu di Malaysia mereka sediakan kayu besbol dalam kereta

papillon putih said...

saya juga seekor arnab. tapi telah disumpah menjadi cikgu bahasa perancis.

Mizah Adam said...

sbb arnab lah yg comel nak dipadankan dgn seorg gadis tol gate.

layaknya jadi satay kerana menyusahkan.

麻辣鴨血Maggie said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社