Wednesday, August 18, 2010

Telefon

Kadangkala aku telefon dia dari nombor-nombor randum, dan kami akan berbual, masing-masing tahu siapa di talian, tapi kami berbual seperti dua orang yang saling tak kenal. Kadangkala ia akan berakhir dengan dia menghempas telefon. Kadangkala aku akan biarkan gagang di atas telefon, dan mendengar sayup-sayup suaranya berkata itu, ini, sambil hujan memercik pada kaca pondok telefon, membaca grafiti dan kad-kad Along yang ditinggalkan, dan aku bayangkan, selepas dia letak telefon, dan aku hilang dari kewujudan nyatanya, apa yang akan dia buat? Minum kopi. Menjamah rotiroti yang sudah dekat tarikh luputnya, memberi makan kucing, atau mencumbui suaminya dengan keghairahan yang dulunya dia simpan untuk aku.

Untuk aku.

7 comments:

puding roti said...

oh. terbyg pula td pg sy mam roti yg sudah luput tarikh tp blm berkulat

mirachantek said...

kasih tak sampai.


hey, lama menghilang.

Shahriman Latif said...

Gila sedih.



Truly inspiring!

yanot said...

generasi patah hati.

Taf Teh said...

...dengan keghairahan yang dulunya dia simpan untuk aku.

Keghairahan yang telah tamat tarikh? Expired!

Ahmad Al- Fatih said...

Pertama kali aku baca, aku mula kenal stail kau. ;)

http://bukanserius.blogspot.com/

Knisa Zain said...

ouch. that hurts. kan kan kan