Wednesday, November 3, 2010

Pencerahan IV

Kami di atas bukit, membayangi Kuala Lumpur yang sedang terbakar.

A, aku kata, you have... something... kat muka. Terus dia kelam kabut selongkar beg. Dia keluarkan cermin mekap dan dia tinjau mukanya. Ha-ah, dia kata. Tolong, please, ambikkan. Don't move, aku kata. Dia ketapkan bibir, kemudian dia kata ok. Lalu, perlahan-lahan aku tarik keluar sebelah matanya. Kini yang tinggal lohong kosong yang infinit di situ. Mudah sangat untuk jatuh cinta dengan lohong kosong itu, aku fikir.

So, aku tanya, nak buat apa dengan benda ni? Entah. Dia angkat bahu dan capai cermin mekap, membetulkan rambutnya. Aku belek-belek matanya itu, kemudian aku letakkan mata itu di atas dahiku.Kemudian aku tutup dua mataku, dan melihat dengan mata baru itu. Api yang membakar Kuala Lumpur menari-nari di depanku, berselirat dengan asap hitam pekat. Dia bersandar pada bahuku, dan kami melihat Kuala Lumpur perlahan-lahan menjadi debu.

6 comments:

sisleyxmex said...
This comment has been removed by the author.
sisleyxmex said...

melihat kuala lumpur dengan sepasang mata yang sama.
sebelah kau punya, dan sebelah lagi dia punya.
ah, manis!

mirachantek said...

apa motif ambil mata dia dah letak di dahi kau

Fairul Nizam said...

Gua rasa ini Hellboy dan Liz Sherman.

kepollica said...

"Buta Mata Tak Nampak Jalan Di Dunia, Kerana Tidak Nampak Cahaya"-Hijjaz

Sheera Hera said...

kl, aku okay