Datuk Rahman merenung ke langit. Panas. Tapi apakah neraka panas lagi? Datuk Rahman masuk kembali ke dalam keretanya. Mira tersenyum, atau cuba tersenyum. Gagal, dia menayangkan pehanya. Tapi Datuk Rahman tak peduli. Ada masalah eksistensial yang memberatkan kepalanya. Sayang, kata Mira, apa yang sayang fikirkan. Mira menggunakan suaranya yang paling manja. Yang kalau boleh dikonsepsualkan seperti seekor haiwan, pasti menjelma seperti Penguin yang jalan terkedek-kedek anak beriringan dengan seekor anak kucing. Ya, secomel itu.
Sayang, kata Datuk Rahman, dalam kepala ai ini masalah berat. Berat hingga ini pun tak boleh meleraikannya? Mira membuka butang paling atas bajunya. Ya, kata Datuk Rahman sembari mengambil sehelai kertas dan membikin origami kapal terbang. Mira mencebik. Dia tak pernah suka persoalan falsafah. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan prop.
Datuk Rahman membuka tingkap, angin panas menerjah masuk. Tengok ni, kata, Datuk Rahman. Dia membaling kapal terbang kertas itu keluar. Ia terbang dalam satu arca ke atas, membikin satu putaran dan jatuh ke bumi. Kemudian dia menutup tingkap. Dunia luar hilang. Panas beransur hilang. Katakanlah kapal terbang kertas itu adalah X, dan X mewakili....(malas eh nak sambung)
Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Tuesday, January 19, 2010
Sunday, January 17, 2010
Layang-layang yang mendakwa diri pari-pari (sebuah fabula untuk kanak-kanak sempit eh rempit)
Di palang itu, layang-layang bernama Akhil. Dia antara 12 yang dipamerkan. Di tepi jalan saja, dekat simpang ke UITM Puncak Perdana.
Lalu sebuah keluarga lalu. Berhenti kerana anaknya yang paling kecil, Tengku Elias Bin Ahmad Danial, menangis merengek mahukan layang-layang. Lebih tepat lagi, Elias mahukan AKhil.
Wang bertukar tangan, dan Akhil pun memulakan kembara dengan tuan barunya Elias. Dipegang kemas, Akhil rasa sayu kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawannya.
Petang itu, Akhil di bawa ke padang. Terbang, Akhil, terbang, kata Elias. Tapi entah kenapa, berat sungguh hati Akhil untuk terbang. Lalu dia berbisik pada Elias, tuan, sebenarnya saya pari-pari. Saya bukan layang-layang, tapi pari-pari. Saya boleh tunaikan hajat tuan. Minta apa saja tuan, dan saya akan tunaikan.
Saya mahu ais krim, kata Elias.
Belilah di McDonald's kata Akhil.
Saya mahu basikal yang boleh terbang, kata Elias.
Bahaya, kata Akhil.
Saya mahu sekolah saya terbakar dan cikgu-cikgu saya semua mati supaya saya tak perlu ke sekolah lagi.
Baiklah, kata Akhil.
Malam itu Elias tidur dengan senyum simpul. Jadual dalam mindanya sudah siap: Bangun lambat. Brekfas Kokokrunch, kemudian main di depan balai polis. Bila penat pegi Toys r Us. Kemudian main PS3. Tengahari makan McDonald's.
Keesokan harinya, setelah pulang dari sekolah dengan esakan, Elias meluru ke biliknya, mengambil Akhil, dan mencarik-carikkannya dengan gunting pemotong pokok. Kemudian dia masukkan sisa-sisa AKhil ke dalam tandas dan mengepamnya.
Hari itu rumah Ahmad Danial terpaksa dikosongkan kerana dibanjiri air kumbahan tandas.

Friday, January 15, 2010
Epifani dalam si beruang tedi
Di elarti, dalam ramai, dia jumpa epifani. Kecil saja, tapi dia mensyukurinya kerana ia datang waktu awan di dalam hidupnya selalu mendung. Epifani itu berwarna merah jambu, berupa seperti beruang tedi dengan bunga di telinga dan reben berwarna pelangi di leher.
Dia jumpa epifani itu waktu matanya sedang menjelajah dari satu iklan (KFC sedap!) ke satu iklan yang lain (Digi Palat!)
Perlahan-lahan, berhimpit-himpit, dan tanpa sengaja teraba-raba lelaki buta kacak yang sedang menggaru telinga, dia menghampiri epifani itu dan memetiknya dari tempat ia tergantung. Disimpannya epifani itu kemas-kemas, dan dia berpura seperti orang lain dalam Elarti itu, bahwa hari masih mendung, dan hujan selalu turun.
Sesampainya di rumah, dia segera mengeluarkan epifani itu.
Dia nyalakan lilin, memasang lagu 'Hujan Bunga di Kuala Lumpur' berulang-ulang dan menutup mata, dalam hati menyeru epifani itu untuk datang dan merasuknya.
5 minit kemudian dia masih di situ. Satu-satunya ilham yang dia dapat adalah 'Hidup ini palat, kemudian kamu mati.'
Tapi itu tak perlukan epifani, dia fikir. Itu hidup hari-hari aku.
5 minit berlalu lagi, kali ini dia dapat rasakan yang 'dunia ini tak adil'. Ah, sudah. Anai-anai kesangsian mula menggerit ulu hatinya. Apakah yang dia temui benar-benar epifani atau sekadar beruang tedi yang dibuang orang?

Thursday, January 14, 2010
Separuh Jantungku adalah Miliknya
Terik. Dari zink stesyen bas. Mataku tersilau. Kosong berhablur, dunia ini tiada penghuni, kecuali seorang penjual tiket. Dia tidur di atas lengannya, dibuai mimpi-mimpi stroberi. Aku langkah ke mesin Coke. Aku masukkan syiling. Segalanya berlaku dalam gerak perlahan, termasuklah dentingnya tin dalam ruang kutipan.
Waktu itulah dia tegur aku, antara dentuman jatuh tin Coke, dan mimpi stroberi penjual tiket. Dia perempuan. Berkaca mata ranggi. Rambut ikal diikat, dan bibir merah yang minta dicium berkali-kali.
Aku ambil tin minuman yang jatuh. Encik, katanya, dan aku menoleh ke arahnya. Antara aku dan dia, walaupun sekitar 1 meter, aku rasa seperti tiada jarak.
Katanya, saya minta maaf, tapi separuh jantung Encik milik saya. Dia keluarkan sehelai kertas, lengkap dengan cap mohor rasmi dan kata-kata penuh istiadat birokrasi, yang menyatakan bahawa, ya, separuh jantung aku adalah milik dia.
Dan dia keluarkan sebilah pisau dari beg LVnya, lalu dia potong dada aku dan ambil separuh jantung aku.
Kemudian dia pergi.

Wednesday, January 13, 2010
Crt tk hbs
Waktu Din berhenti di tol ketiga dari kiri, dan waktu dia hulurkan kad touch n go serta wang RM50, berlaku sesuatu. Bila dia fikirkan kembali, dia sendiri masih samar. Rm30, katanya, pada penjaga tol itu; jumlah yang dia mahu isikan. Encik, kata gadis tol gate itu. Di belakangnya sudah ada dua tiga buah kereta berbaris. Sebelum saya kembalikan duit Encik ni, dengarlah cerita saya. Satu lagi kereta berhenti di belakang.
Sebenarnya, saya bukanlah seorang gadis tol gate. Saya sebenarnya seekor arnab yang telah disumpah menjadi gadis tol gate oleh seorang ahli sihir. Din cuma mengangguk, entah mendengar entah tidak. Resah mula memanjat ulu hatinya. Pemandu kereta di belakang nampak tak sabar, seperti ini semua salah Din.
Tidak, Din mahu cakap. Tidak, Din mahu menjerit. Ini bukan salah aku! Tapi hakikatnya, kereta dia yang di depan sekali.

Sunday, January 10, 2010
Hari ini panjang, kan sayang?
Hari ini panjang dia mengeluh. Oh, oh, panjang sangat. Angin kuat di luar tapi di dalam udara tak bergerak langsung. Ada tuduhan di situ, dilemparkan, tapi aku tak sambut, lalu ia jatuh seperti epal ranum maharani, dan berkecai seperti cermin di atas lantai. Bacakan satu sajak, dia kata padaku, matanya berkelip-kelip. Aku capai buku puisi dan aku tulis pada udara depan dia:
Sebelum kau makan apel ranum itu
sebaiknya kaubaca dulu makna desis ular
yang melilit tubuhmu. Hitung juga jumlah sisik yang kilaunya
membutakan mata. Nanti Malaikat akan bertanya berapa yang
berwarna jingga
berapa yang berwarna senja
(Triytanto Triwikromo)
Dia mengeluh, dan dia kata, hari ni panjang, kan? Tanda soalannya dirabut angin, dibungkus awan, dan dibawa lari ke matahari.

Lihat Kasut Warna Putih Tu
Dalam pelukan dia kata padaku yang dia pernah bikin aborsi, dan aku tanya bila, bila, bila, lalu dia tolak aku dan kata tahun lalu, tahun lalu. Di Singapura, waktu itu aku belum pernah kenal bentuk bayangnya di jam 3 waktu dia bersandar di balkoni di payungi langit merah jambu jingga, Dengan air mata, katanya jangan tinggalkan dia, tapi aku keluar ke ruang tamu menonton cerita bersiri TV yang aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Dia keluar, turuti aku seminit kemudian, dan katanya, ayuh kita tonton Twelve Monkeys, atau Dokumentari tentang kehancuran sejagat yang dihos oleh AL Gore itu, dan aku masukkan DVD dan kami menonton bersama di atas sofa, kepalanya disandar dibahuku dan dia terlena di situ.
Saturday, January 9, 2010
Lalu dia...
Pada lidahku dan yang menyelusup dalam hidungku, keduanya halimunan - itu rasa yang aku rasa bila membenamkan mukaku di lekuk skapulanya. Seperti sweater yang tersepuk di dalam almari, baru dibasuh, tapi terlalu lama dijemur. Itu yang menggelora emosi, yang buat aku ingatkan dia.
Friday, January 8, 2010
Entah
Waktu itu aku sedang menulis Novel imaginariku yang ketiga, Kekasihku Seorang Komunis, tentang seorang pemain biola dalam band pasca-moden-punk yang bertemu dengan dan jatuh cinta dengan seorang gadis yang suka memakai beret (tapi tidak diketahui samada dia benar-benar pengikut Karl Marx; itu conceitnya). Aku sudah ke bab lima, di mana satu rahsia yang mengejutkan sudah terbongkar, tapi masih belum difahami sepenuhnya oleh kedua-dua protagonis (hint: ia ada kena mengena dengan S&M).
Waktu itu, ketika sedang giat tidak menulis (ingat, ini novel imaginari) telefon berbunyi. Aku jawab, dan kata penelefon itu (dia seorang perempuan, atau seorang pondan), "Boleh luangkan sepuluh minit-" Aku letak telefon kerana ini kali ketiga perempuan atau pondan itu telefon. Aku agak dia belum tahu yang dia sudah tersesat ke dalam naratif yang salah...

Wednesday, January 6, 2010
Natasya Masih Bernafas
Oh tunggu, kata Natasya pada pegawai polis yang memeluk erat badannya itu. Pelukan bebas seksualiti kerana niatnya cuma mahu menurunkan mayat yang tergantung dari kipas siling. Oh tunggu, kata Natasya, dan pelukan sang polis terlepas, lalu sekali lagi Natasya rasa tali yang bersimpul di lehernya menjerut kemas, memasung nafasnya. Polis yang terpinga itu segera meloncat ke atas kerusi, dan memeluknya sekali lagi, menyokong tubuhnya dan memberinya nyawa.
Natasya mahu senyum, tapi setiap atomnya dirasa pegun.
Sepuluh minit kemudian, selepas dia diturunkan, dan sedang duduk selesa di atas kerusi tanpa sebarang cacat cela, Natasya berkata kepada polis yang menyelamatkannya itu. Saya nampak awak, dalam bayangan saya. Polis itu, namanya Nordin - bukan nama yang selesa menjadi wira - tersenyum, tidak berkata apa, kerana itu fitrahnya. Nordin tak pernah rasa selesa bila bersama dengan wanita cantik. Lalu dia tersenyum tawar pada Natasya yang sedang bercerita.
Dalam banyangan saya, sambung Natasya, saya nampak awak, En Nordin. Dan awak sedang menunggang seekor Unikorn. Natasya tersenyum, senyuman yang Nordon rasa terlalu manis untuk orang seperti dia.
Pegawai paramedik yang masih membelek-belek leher Natasya - pedulikan namanya, wataknya hanya untuk beberapa baris saja lagi - berkata, yang itu, bayangan yang sungguh pelik.
Memang pelik, kata Natasya, kerana bukan itu yang terjadi. Saya cuma mahu menarik perhatian En Nordin. Kenapa, kata si paramedik. Kerana saya rasa saya sudah jatuh cinta padanya.
Nordin tahu waktu itu, dalam seratus mukasurat lagi, semua ini tidak akan berakhir dengan baik.

Sepuluh hari
Panas. Kipas berdengung, menggegar lantai. Kipas di siling sudah mati. Di luar masih tak hujan. Aku buka pintu, dan kucing-kucing yang tadi berbaring longlai, berlari-lari dan mengiau di depan pintu. Mengharap sesuatu. Mengharap bulan berperisa keju untuk jatuh ke riba mungkin.
Hari ini hari ke sepuluh.
Sudah dua sms aku hantar. Kedua-duanya ditelan abyss telekomunikasi. Aku bayangkan ada vakum yang dipasang penuh, menyerap tiap satu kata digital yang aku hantar. Ini bukan paranoid. Ini cuma hari ke sepuluh.
Televisyen, drama polis. Buat baik berpada-pada wahai orang TV, kerana di sana dosa dan pahala hitam putih. Tapi mereka tak mendengar, lalu terus melangkah ke arah takdir sebelum iklan.
Ini hari ke sepuluh. Tak ada bezanya dari hari ke sembilan. Atau hari kedua.
Aku suka hari keempat, walau di hari itu juga segalannya sama.
Di dinding aku lekatkan sepuluh gambar. Satu untuk setiap hari. Gambar itu menjadi naratif pasif, pegun, permisif.
Ia memungkinkan aku mencipta cerita di antara hari pertama dan hari ke sepuluh.
Dalam mitos primitif Kaum Z'ul Tan'k'l'kl, di hari ke sepuluh, syaitan dalam bentuk seekor musang berbulu hitam berkilat turun ke bumi dan memilih seorang dara kampung untuk dijadikan isteri malam itu dan korban keesokannya harinya. Dalam mitos kaum ini tak ada wira datang menyelamat sang dara. Tak ada hentian pada kitaran musang-dara-kematian. Tak ada harapan palsu yang satu hari nanti... satu hari nanti...
Tengah hari tadi aku menulis satu lagi cerita. Cerita yang berbunyi begini:

Subscribe to:
Posts (Atom)