Wednesday, November 24, 2010

Nyaman Si Puding Roti Edisi Kedai Buku Sudah Boleh Di Pesan!




1.Masukkan RM20 (RM5 adalah untuk pos ekspres) ke akaun berikut:
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com)

3. Sila nyatakan alamat

4. Buku akan dihantar pemuda ganteng bermotosikal garang.

5. Penghantaran akan dibuat setiap Selasa

Terima kasih

Wednesday, November 3, 2010

Pencerahan IV

Kami di atas bukit, membayangi Kuala Lumpur yang sedang terbakar.

A, aku kata, you have... something... kat muka. Terus dia kelam kabut selongkar beg. Dia keluarkan cermin mekap dan dia tinjau mukanya. Ha-ah, dia kata. Tolong, please, ambikkan. Don't move, aku kata. Dia ketapkan bibir, kemudian dia kata ok. Lalu, perlahan-lahan aku tarik keluar sebelah matanya. Kini yang tinggal lohong kosong yang infinit di situ. Mudah sangat untuk jatuh cinta dengan lohong kosong itu, aku fikir.

So, aku tanya, nak buat apa dengan benda ni? Entah. Dia angkat bahu dan capai cermin mekap, membetulkan rambutnya. Aku belek-belek matanya itu, kemudian aku letakkan mata itu di atas dahiku.Kemudian aku tutup dua mataku, dan melihat dengan mata baru itu. Api yang membakar Kuala Lumpur menari-nari di depanku, berselirat dengan asap hitam pekat. Dia bersandar pada bahuku, dan kami melihat Kuala Lumpur perlahan-lahan menjadi debu.