Wednesday, August 3, 2011

Anastasia

Perempuan dari Rusia itu datang dalam kek. Dia melompat keluar bila semua orang menjerit "Happey Befday!"Namanya Anastasia. Gincunya warna merah, rambutnya kaler-kaler blond. Aku rasa dia suka membaca dan mengumpul stem. Giginya tersusun elok, dan putih melepak.

Tapi semua tu tak penting; kerana selepas saja dia melompat keluar dari kek, seekor garuda berwarna hitam - sangat hitam sampai dunia pun jadi kelabu bila dia hadir - menyambar Anastasia dan membawanya pergi.

1 comments:

mirachantek said...

ahh.
garuda celaka.