Tuesday, June 28, 2011

Mencari Penulis Novel-novel Cinta Patah Hati



Gua sekarang sedang giat mencari penulis-penulis baru dan tak baru sangat untuk menulis dengan gua. Kriteria yang dicari adalah penulis novel. Jika lu orang berminat nak tulis novel atau nak cuba :

1 . Tulis sinopsis keseluruhan novel (sinopsis sahaja)
2 . Tulis bab awal (bab 1)
3 . Kemudian hantar ke aloyparadoks@gmail.com
4 . bila dah hantar sila mesej di facebook atau telefon bimbit untuk makluman

Peringkat seterusnya kami dengan editor-editor berpengalaman akan menilai hasil penulisan anda samada akan ke peringkat seterusnya atau tidak. Untuk peringkat seterusnya anda akan menulis sebuah novel minima 200 muka surat. Dan teknik untuk menulis sebanyak 200 muka surat tidaklah sesusah mana sebenarnya jika dilakukan satu bab satu hari. Sekian terima kasih,, semoga berjaya dan realisasikan impian anda menjadi penulis.

Antara karya dan terbitan kami sebelum ini :

1 . Kasut Biru Rubina
2 . 2 lauk
3 . Anarki Di Kuala Lumpur
4 . Akulah Perempuan Muda Itu
5 . Tengerin dan Nikotin
6 . Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca
7 . 28 Hari Jurnal Rock And Roll
8 . Nyaman Si Puding Roti
9 . Kuala Lumpur Aku Ok
10 . Burgermpark
11 . Kau
12 . Pasca Manusia (Zine)
13 . Ajen Perisikan Cinta (Zine)

Saturday, June 18, 2011

Anarki di Kuala Lumpur



Perhatian: kami sudah tiada stok Anarki di KL edisi kulit lembut. Sila dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Terima kasih.

1.Masukkan RM35 untuk kulit keras.
(Harga ini termasuk untuk pos ekspres) ke akaun berikut :
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)
*Pastikan anda masukkan jumlah yang tepat kerana baki tak akan dikembalikan.

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com)

3. Sila nyatakan alamat dan no telefon

4. Bila siap buku akan dihantar pemuda ganteng bermisai tirus bermotosikal garang.

5. Penghantaran akan dibuat seminggu sekali.

Terima kasih.