Ini semua work-in-progress. Andaikannya seperti aku tertinggal buku 555 di bangku stesen ELARTI dan kau mengangkatnya dengan penuh debaran. Nakalnya kau.
Tuesday, December 27, 2011
Gadis yang menendang tong sampah
Mukanya macam Aaron Aziz. Dan dia senyum pada Kesuma. Kesuma cuba pandang ke arah lain. Rokok di tangan di letak di bibir, tangan menggeletar. Dia mencari lighter. Dalam kocek. Dalam beg. Mata lelaki itu dia rasa menggerudi belakangnya, membikin dua lubang halus yang menelanjangkannya. Rokok di bibir. Tangan menggelabah mencari. Dia mahu menjerit pada lelaki itu, hoi, jangan pandang aku, tapi muka lelaki tu macam Aaron Aziz.
Nasib baiklah, Jebon datang. Kasut diseret-seret pada asfal, Jebon datang dengan sebelah tangan memegang (tali) knapsacknya. Jebon mengangkat kepala, bertanya tanpa suara.
Kesuma mengarahkan Jebon ke arah Aaron Aziz. Dengan jelingan matanya. Yang dilakukan berulang-ulang. Sejenak dia bayangkan dalam cermin dalam mindanya, bagaimana rupa aku waktu ini?
Jebon mengangkat bahu. Lalu Kesuma menoleh.
Lelaki yang menyerupai Aaron Aziz tu dah hilang.
Kesuma menendang tong sampah di sisinya. Menyumpah dalam diam. Rokok masih di bibir. Bayangan lelaki yang menyerupai Aaron Aziz itu masih jelas di mata hatinya, seperti pasca-imej yang mengejek-ngejeknya dengan wajah tampan Aaron Aziz.
Thursday, December 22, 2011
Langit Vanilla 50 Naskhah Sahaja!

1 . Masukkan RM 25 (harga ini termasuk kos pos RM5) ke akaun berikut;
Nama : Silluet Books
No Akaun : 1247-0000647-10-5 (CIMB)
*pastikan anda memasukkan jumlah yang tepat kerana baki tidak akan dikembalikan.
2 . Lampirkan bukti pembayaran di sangfreud.email@gmail.com
3 . Sila nyatakan judul buku, nama penuh, alamat dan no telefon untuk dihubungi.
4 . Seterusnya, buku anda akan dihantar oleh pemuda ganteng bermisai tirus bermosikal garang.
*penghantaran dibuat seminggu sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)