Saya
pijak asfal, dan bahangnya terasa menembusi kasut. Burkina Faso menyambut dengan
langit tanpa awan. Beg diselempang. saya melangkah merentas landasan ke
bangunan sebesar stesen bas Alor Setar. Kami semua mantan penumpang berjalan
teratur, seperti kanak-kanak sekolah dalam rombongan. Kata kawan perempuan di sebelah
saya, di pemeriksaan kastam nanti, jalan terus, jangan isytihar apa-apa. Kalau
tidak nanti ditahan dan saya terpaksa membayar rasuah.
Nama
kawan saya tu Farida Ghalyela. Dia memang berasal dari Burkina Faso, tapi
berhijrah ke Paris untuk menjadi model (dia dakwa). Kami menjadi erat dari
transit Paris ke-Senegal-ke Burkina Faso. Kebetulan, dalam kedua-dua
penerbangan kami berkongsi satu aturan tempat duduk. Dan kerana bosan (di pihak
beliau agaknya) kami berbual.
Umurnya
baru 23, fasih berbahasa Peranchis, tidak begitu pakar dalam bahasa Inggeris.
Tapi itu tak penting kerana belahan payudaranya dalam, dan pinggangnya ramping.
Sekali-sekala semasa kami berayun tangan, berlaku sentuhan kulit ke kulit bukan
muhrim, lalu mengalir kejutan-kejutan listrik kecil yang mengejat ke bibir dan membentuk
senyuman.
Saya
ke Burkina Faso mencari seorang lelaki. Namanya Oyebi. Halim Mansur Oyebi. Dia
bekas timbalan menteri kewangan Burkina Faso, tapi telah dijatuhkan waktu negara
Afrika itu diasak pejuang kebebasan. Saya
kurang pasti bagaimana dia mendapat emel saya, tapi menurutnya, dia telah
menyorokkan sejumlah wang yang diamanahkan oleh mantan presiden mereka, di bank
Switzerland, tapi kerana dia dikenakan tahanan rumah dia tak mampu mendapatkan
wang itu...
2 comments:
sy pun selalu dpt email macam tu.. email dari seorang bekas org penting sesebuah negara lah, email dari org paling kaya yg sedang menunggu mati lah. macam2.
email yg sejumlah wang dah dikredit dlm akaun sy.
lepastu pihak CIA tgh cari sy lah apebnde sume. duh
bila baca terasa manis
Post a Comment